Home Malaysian football Pengurus berhasrat undur diri?

Pengurus berhasrat undur diri?

Laporan Utusan Borneo hari ini mengejutkan ramai pihak.

Menurut laporan akhbar tersebut, Pengurus Sarawak United C (SUC), Basil Thomas, didakwa ingin mengundur diri dari jawatan yang dipegangnya.

Utusan Borneo memetik sumber mereka mendakwa bahawa satu perbincangan akan diadakan bagi membincangkan kedudukan penyandang bagi jawatan tersebut.

Akhbar sama juga mendakwa telah menghubungi Basil, dan Basil telah mengesahkan bahawa beliau masih lagi memegang jawatan pengurus SUC.

Basil walaubagaimanapun dipetik akhbar tersebut sebagai berkata bahawa apa-apa keputusan berkenaan status beliau akan diumumkan kemudian, dan beliau akan bertemu Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) untuk membincangkan isu kewangan.

Beliau juga didakwa menafikan khabar angin yang menyatakan beliau meletak jawatan serta merta.

SUC kini sedang membuat persiapan untuk Piala Belia yang mereka akan harungi dengan perlawanan pertama pertandingan tersebut bermula seawal 23 Februari depan.

SUC diundi dalam Kumpulan B Zon Selatan Piala Belia yang turut dibintangi oleh JDT IV, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah, PJ City FC, Kuala Lumpur, Selangor, UITM FC dan UKM FC.

Pasukan ini kini dilatih David Usop dan berpusat di Miri, Sarawak.

RECOMENDED LINKS: