PROMOSI BAJU

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Malaysia Football League(MFL) hari mengumumkan bahawa Liga Malaysia mungkin akan disambung pada 1 dan 2 September 2020.

Menurut kenyataan rasmi MFL, Liga Premier dan Liga Super akan diteruskan sepanjang bulan September, dengan perlawanan terakhir dilangsung pada 27 September 2020.

Promosi RM1

MFL menerangkan bahawa liga akan bersambung seperti mengikut jadual perlawanan asal bermula dari perlawanan kelima sehingga perlawanan ke-11, dengan pusingan kedua Liga Premier dan Liga Super dibatalkan.

Dalam perkembangan sama, MFL juga mengumumkan bahawa TM Piala Malaysia akan diadakan mengikut format kalah – mati dari 17-18 Oktober 2020 dan akan berakhir pada 7 November. TM Piala Malaysia akan dibintangi oleh 11 pasukan terbaik CIMB Liga Super dan lima pasukan terbaik Liga Premier (kecuali pasukan Reserve Team).

Dua piala yakni Shopee Piala FA dan Challenge Cup dibatalkan serta merta.

Tambah MFL, status Liga M3 kelolaan Amateur Football League (AFL) akan diputuskan pada Jun 2020 kerana perlawanan saingan kelab amatur itu diadakan di padang terbuka.

Liga Malaysia akan walaubagaimanapun dibatalkan terus sekiranya ianya gagal disambung pada September 2020.

Menurut Dato’ Ab Ghani, hasil perbincangan MFL bersama pemegang taruh jelas rata-rata mereka memberikan isyarat positif dalam usaha meneruskan kembali saingan Liga Malaysia bagi musim 2020 namun segala perancangan ini masih tertakluk kepada arahan dan saranan terbaharu daripada MKN, KKM dan KBS.

Beliau berkata, badan induk Liga Malaysia itu sentiasa meletakkan keutamaan pada aspek kesejahteraan masyarakat namun dalam masa yang sama perlu mengambil kira penglibatan ramai pihak dalam industri bola sepak yang besar di negara ini serta impak terhadap sukan nombor satu negara jika Liga Malaysia tidak dapat diteruskan musim ini.

“MFL menghormati pandangan pelbagai pihak mengenai status perjalanan Liga Malaysia musim ini, tetapi MFL sudah mengkaji dan meneliti secara mendalam bagi menyusun semula kalendar baharu Liga Malaysia.

“Kita sedia maklum bahawa ramai pihak bergantung kepada sumber ekonomi mereka dalam industri bola sepak tanah air. Justeru ketika ini, MFL masih berpandangan positif untuk memulakan kembali saingan liga yang terpaksa ditangguhkan selepas kerajaan mengeluarkan arahan PKP pada 18 Mac lalu.

“Keprihatinan MFL dan FAM dalam aspek keselamatan pemain, pegawai dan penyokong berkenaan wabak COVID-19 diterjemahkan apabila membuat keputusan supaya perlawanan CIMB Liga Super, Liga Premier, serta Liga M3 dijalankan tanpa penonton pada 14 dan 15 Mac 2019 sebelum semua saingan termasuk Shopee Piala FA ditangguhkan pada 16 Mac 2019 iaitu dua hari sebelum PKP diumumkan oleh kerajaan,” katanya.

Perancangan baharu kalendar Liga Malaysia 2020 itu turut mengambil kira faktor-faktor seperti penundaan tarikh Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023, penundaan tarikh ACL 2020 yang melibatkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan tarikh baharu kejohanan Piala AFF Suzuki 2020 yang dijangka bermula pada 21 November sehingga 15 Disember 2020.

Dato’ Ab Ghani berkata, perancangan itu juga dilihat dapat mengurangkan kepadatan jadual dengan merombak format pertandingan serta membatalkan saingan Shopee Piala FA dan Challenge Cup.

“Jadi dengan pengumuman penjadualan Liga Malaysia 2020 ini diharap dapat membantu semua pasukan membuat persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku apabila pihak MKN, KKM dan KBS membuat ketetapan baharu mengenai perkembangan wabak COVID-19 kelak.

“Apa yang jelas di sini bahawa, Ahli Lembaga Pengarah MFL memiliki kuasa untuk merombak dan meminda format pertandingan atas sebab isu-isu wabak COVID-19 dan PKP oleh pihak kerajaan.

“Dan diharap dalam jangkamasa lebih tiga bulan sebelum perancangan ini dijalankan, keadaan wabak COVID-19 yang melanda negara ini akan beransur pulih serta PKP dapat dilonggarkan jadi marilah sama-sama kita berdoa agar keadaan kembali pulih seperti biasa,” katanya.

MFL menyatakan mereka akan terus memantau situasi pandemik COVID-19 di Malaysia dan akan membuat pengumuman berkaitan penyambungan Liga Malaysia pada bulan Jun 2020.