Malaysia Football League hari ini mengesahkan bahawa pasukan Sarawak FA akan bertandandang ke Stadium Hang Jebat pada 11 Mei 2019.
Perlawanan yang berlangsung pada Sabtu ini adalah perlawanan ke-78 Liga Premier dengan pasukan PDRM menjadi tuan rumah.
Disebabkan perlawanan berlangsung pada bulan Ramadan, sepak mula dijadualkan pada jam 10 malam.
PDRM biasanya bermain di Stadium Selayang, namun kami difahamkan bahawa Stadium Selayang tidak memenuhi keperluan minimum keterangan lampu limpah untuk menganjurkan perlawanan Liga Malaysia pada waktu malam, sekaligus memaksa PDRM menggunakan Stadium Hang Jebat di Melaka pada kali ini.
Satu lagi perlawanan melibatkan pasukan Sarawak iaitu menentang Johor Darul Ta’zim FC yang merupakan perlawanan ke-89 Liga Premier belum diputuskan lokasinya.
Untuk perlawanan ini, Sarawak merupakan pasukan tuan rumah, dan perlu memastikan lampu limpah Stadium Negeri mematuhi keperluan Liga Malaysia sebelum boleh menganjurkan perlawanan tersebut pada sebelah malam.
Jika Sarawak gagal berbuat demikian, maka pihak Sarawak perlu mencari venue lain bagi melayan kunjungan pasukan JDT.




