LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Sarawak United dilaporkan menghadapi msalah tunggakan gaji selama tiga bulan.

Menurut laporan Astro Arena, masalah culas gaji kelab bola sepak tersebut disahkan sendiri oleh pemilik kelab, Posa Majais.

BELI JERSI SARAWAK UNITED DAN KUCHING CITY YANG TERKINI

Sungguhpun demikian, Posa juga dipetik menyatakan bahawa masalah tersebut akan diselesaikan selewat – lewatnya dua minggu lagi, selepas peruntukan baharu kelab diluluskan.

Laporan Astro Arena menyebut bahawa tunggakan gaji tersebut melibatkan barisan pemain dan juga jurulatih kelab.

Posa dalam rakaman perbualan telefon yang dikongsi Astro Arena itu juga menafikan bahawa gaji tertunggak adalah empat bulan dengan berkata ada pemain telah menerima ‘advance’.