Apabila disebut masalah pembayaran gaji, Malaysia muncul antara negara paling tinggi dalam statistik tersebut.
Menurut statistik Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) dalam satu dokumen berhubung Dana FIFA (FIFA Fund), Malaysia muncul negara ke yang mempunyai jumlah permohonan kedua terbanyak dari dana tersebut.
Untuk makluman, Dana FIFA adalah satu dana yang dimulakan FIFA bagi membantu pembayaran gaji pemain bola sepak yang tidak dibayar gaji oleh kelab mereka.
Daripada laporan FIFA, Malaysia bukan sahaja muncul sebagai negara kedua tertinggi di dunia yang mana pemainnya memohon menggunakan dana tersebut, malahan juga merupakan negara Asia yang mempunyai jumlah permohonanan tertinggi bagi tempoh 1 Julai 2015 – hingga Jun 2020.
Laporan FIFA menunjukkan pemain bola sepak Malaysia membuat 147 permohonan untuk Dana FIFA.
Menariknya, daripada 147 permohonanan tersebut, kesemua 147 permohonan diluluskan oleh Dana FIFA, sekaligus menunjukkan bahawa kes – kes ketidakbayaran gaji pemain bola sepak di Malaysia adalah sahih dan memohak kepada hak pemain.
Data FIFA tersebut menunjukkan 147 kes itu telah dibayar sejumlah US456,214 (RM1,882,339), sekaligus menunjukkan Malaysia hadir sebagai negara ke-empat terbesar di dunia menggunakan dana tersebut dalam tempoh yang sama.
Malaysia juga muncul negara Asia tunggal dalam senarai 10 negara yang menggunakan dana tersebut.
Statstik Dana FIFA ini sekaligus menunjukkan bahawa keadaan kewangan pasukan bola sepak di Malaysia masih lagi parah jika dibandingkan dengan negara – negara Asia Tenggara lain.
Ini berkemungkinanan disebabkan kebanyakan pasukan acap kali berbelanja melebihi kemampuan mereka dan akhirnya mendapati kewangan mereka tidak mampu membayar gaji pemain seperti yang tertera dalam kontrak.
Oleh itu, adalah diharapkan bilangan kes tunggakan gaji akan berkurangan mulai tahun 2021 kerana menjadi ‘hero’ dalam Dana FIFA adalah sesuatu yang tidak baik untuk reputasi negara.
Anda boleh muat turun laporan tersebut di sini.