Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) telah didenda RM190,200 oleh badan bola sepak dunia FIFA.

Menurut laman web Goal.com, PSSI didenda akibat rusuhan peminat semasa perlawanan Kelayakan Piala Dunia di antara Indonesia dan Malaysia pada September 5 yang lepas.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Perlawanan yang berlangsung di Stadium National Gelora Bung Karno Jakarta, menyaksikan peminat Malaysia di baling objek dengan rusuhan kemudiannya menyusul di dalam dan di luar stadium.

Turut terkena balingan objek adalah Menteri Sukan Malaysia, Syed Saddiq, sekaligus menyaksikan Malaysia membuat aduan rasmi terhadap FIFA berkenaan insiden itu.

Perlawanan juga terpaksa dihentikan beberapa minit akibat rusuhan peminat.

Malaysia telah memenangi perlawanan tersebut melalui gol saat akhir Mohamadou Sumareh.

Artikel oleh Goal turut menyebut bahawa PSSI menerima hukuman yang dikenakan ke atas persatuan tersebut dan akan berusaha memastikan bahawa insiden seumpamanya tidak berulang.

Malaysia dijangka melayan kunjungan Indonesia pada 19 November di Stadium Bukit Jalil kelak.