Sungguhpun acap kali didenda pihak Persatuan Bolasepak Malaysia, masalah mercun dan suar masih lagi memeningkan pihak Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS).

Mengikut sumber SarawakCrocs.com di FAS, pihak FAS amat berharap peminat akan sedar risiko penggunaan suar dan mercun di dalam stadium ketika dan selepas perlawanan. Mengikut sumber kami lagi, faktor keselamatan merupakan antara kebimbangan utama pihak FAS, terutama sekali selepas berlaku insiden peminat mengalami masalah kesesakan nafas ketika perlawanan persahabatan Sarawak baru-baru ini.

Pihak SarawakCrocs.com dalam pada itu cuba untuk mendapatkan respon Presiden FAS, Datuk Sudarsono berkenaan denda yang dikenakan pihak FAM terhadap kejadian bermain mercun dan suar bagi tahun 2013. Sungguhpun demikian, tiada respon diperolehi oleh pihak kami sehingga kini.

Dalam pada itu, pemain ternama Sarawak seperti Joseph Kalang Tie, Sharol Saperi dan Junior Eldstal sudah menyatakan harapan mereka agar peminat tidak menggunakan suar ataupun bermain mercun ketika datang menyaksikan perlawanan bolasepak Sarawak pada musim 2014.

Untuk makluman umum, mercun, suar dan sebarang bahan api adalah dilarang dimainkan di stadium mengikut undang-undang Perbadanan Bolasepak Dunia (FIFA).

2 COMMENTS

  1. Maap saya nak madah lah. mun dah miak kecik nama “M*a” disuroh migang suar, direkod n ngkah rah yu-tub, macamney gik nak melarak urang2 tua?

  2. maaflah kerana mencelah. Adik kecik nama m** lebih sedar dan faham langkah keselamatan ketika main suar tok. bukan setegal nya main suar masok video segala bagai orang tua tek lalu nak salah. sigek agik, termaktub dalam peraturan FIFA ialah larangan bermain suar adalah KETIKA 90 MINIT PERLAWANAN. bukan selepas perlawanan. mungkin ada individu tertentu yang sik tauk peraturan ya. tapi kebanyakan peminat tauk. tunjok jak jari ke tempat lain kedak FAM ka.

Comments are closed.