Kelab bola sepak Kuching City FC telah mengumumkan tarikh kelab tersebut akan menjelajah Sarawak.

Menurut kenyataan di laman sosial kelab tersebut, kelab tersebut akan melaksanakan siri jelajah Sarawaknya selama 15 hari dengan 6 lokasi menjadi destinasi.

Bandar yang akan menjadi persinggahan pasukan hijau putih itu adalah Sri Aman, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri.

Tarikh pasukan tersebut berada di bahagian berkenaan adalah seperti di bawah

8 Dec – Sri Aman
10 Dec – Sarikei
12 Dec – Sibu
15 Dec – Mukah
18 Dec – Bintulu
21 Dec – Miri

Kuching telah sebelum ini mengumumkan siri jelajah Sarawak dengan pasukan tersebut menjelajah Sarawak dengan menggunakan pengangkutan darat.

Adalah dikhabarkan hampir semua pemain Kuching akan turut serta pada siri jelajah tersebut kecuali Hudson Dias dan Bryan Jones yang kini telah kembali ke Brazil.