Kuching bakal mulakan kempen suku akhir LBR selepas rayuan Jeli diterima

Pasukan Bolasepak Persatuan Bolasepak Kuching bakal berkunjung ke Jeli, Kelantan selepas pihak pengurusan Liga Bolasepak Rakyat (LBR) menerima rayuan dan bantahan yang dikemukakan Jeli terhadap pasukan bolasepak Besut yang mewakili Terengganu.

Di dalam kes tersebut, Jeli mendakwa Besut telah menurunkan pemain tidak berdaftar dan ini telah mengakibatkan perlawanan suku akhir LBR Kebangsaan bagi pasukan Kuching ditunda sehingga kes selesai.

Dengan selesainya kes tersebut, perlawanan Jeli menentang Kuching akan diadakan di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Jeli hari ini, dengan Kuching dijangka akan turun tanpa empat pemain tonggak akibat masalah pelepasan pemain.

Kuching kini merupakan wakil tunggal pasukan dari Borneo Malaysia selepas Miri terkeluar dari saingan pada peringkat suku akhir baru-baru ini.

Perlawanan timbal balik bagi Kuching dijangka akan diadakan pada minggu hadapan.

 

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top