Home Malaysian football Kuching ikat Jeli untuk cerahkan peluang ke Separuh Akhir LBR

Kuching ikat Jeli untuk cerahkan peluang ke Separuh Akhir LBR

Sungguhpun beraksi tanpa empat tonggak utama hari ini, pasukan bolasepak Persatuan Bolasepak Kuching, yang mewakili Sarawak, berjaya mengikat pasukan bolasepak Jeli tanpa jaringan di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Jeli.

Menurut Denny Chin yang menyaksikan perlawanan tersebut, Kuching dan Jeli masing-masing bertarung dengan hebat, namun kekebalan pertahanan kedua-dua pasukan memastikan tiada jaringan terhasil pada perlawanan ini.

Denny turut melaporkan bahawa penjaga gol Kuching perlu diberi pujian kerana telah bertindak cemerlang menafikan cubaan-cubaan berbahaya dari Jeli.

Keputusan seri di SMK Jeli hari ini memberikan sinar kepada Kuching yang akan melayan kunjungan pasukan Jeli pada 16 April ini di Stadium Negeri bagi menentukan pasukan mana yang akan bersama Batang Padang, Padang Besar dan Temerloh yang kini sudah sedia menunggu di Separuh Akhir Liga Bolasepak Rakyat peringkat Kebangsaan.

Terima kasih Denny di atas info perlawanan tadi. Gambar selebihnya ada dimuat naik di www.facebook.com/sarawakcrocs.website.

RECOMENDED LINKS: