Home Malaysian football Ranking FIFA Malaysia jatuh ke paras lebih buruk

Ranking FIFA Malaysia jatuh ke paras lebih buruk

Ranking pasukan bolasepak Malaysia terus menjunam sunguhpun rombakan dan penggantian jurulatih telah dibuat baharu ini.

Dalam ranking terkini Gabungan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Malaysia turun ke tangga 174, yakni jatuh lapan anak tangga dari kedudukan 166 pada ranking yang dikeluarkan pada bulan Mac lalu.

Kedudukan baharu Malaysia ini adalah yang terburuk di dalam sejarah bolasepak Malaysia, dan ianya pasti akan mengundang kekecewaan di kalangan peminat tegar bolasepak Malaysia.

Filipina muncul pasukan yang meningkat paling banyak di dalam ranking FIFA yang terbaru, yang mana sekaligus meletakkan The Azkals sebagai pasukan terbaik di Asia Tenggara buat masa ini, diikuti dengan Thailand, Vietnam, Singapura, Myanmar dan kemudiannya Malaysia.

RECOMENDED LINKS: