Pasukan bimbingan jurulatih David Usup hari ini menerima pemain pertama yang hadir ke Stadium Negeri dengan harapan beliau boleh mengisi kekosongan yang ditinggalkan bekas pertahanan dari Itali, Davide Grassi.
Menurut David, Andrei Alexandru Cordoș adalah pemain yang hadir di dalam sesi latihan Sarawak hari ini dan beliau berasal dari Romania.
Menurut David, Andrei berusia 28 tahun, dan beliau bermain sebagai pemain perthananan tengah, sama seperti posisi Grassi.
Siasatan SarawakCrocs mendapat maklumat bahawa Anderi merupakan bekas pemain bawah 21 dan 19 tahun pasukan bolasepak kebangsaan Romania, dan pasukan terakhir beliau adalah FC Botosani yang bermain di Liga Romania dan juga Liga EUROPA musim lalu.
Beliau yang berketinggian 1.91m, pernah mencuba nasib bersama pasukan Liga Scotland Dundee United selepas dilepaskan oleh pasukan Botosani.
Menurut laman web transfermarket.co.uk, Andrei dikhabarkan bernilai sekitar GBP300,000 (MYR1,700,000).
Dalam perkembangan sama, David mengakui bahawa beberapa orang pemain lagi akan turut hadir di Kuching dalam masa terdekat untuk mencuba nasib menyertai pasukan Sarawak.