Dengan kedatangan pemain import dari Romania, Alexandru CordoČ™ kelmarin, beberapa lagi pemain import dijangka akan turun mencuba nasib bagi memikat hati barisan kejurulatihan Sarawak.
Kesemua pemain yang bakal hadir di Stadium Negeri ingin mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pemain pertahanan dari Itali, Davide Grassi yang telah ditamatkan perkhidmatannya atas persetujuan bersama baru-baru ini.
SarawakCrocs sempat bertanya dengan Ketua Jurulatih Sarawak, David Usop, berkenaan jenis pemain pertahanan yang dicari beliau, dan David, tanpa teragak-agak, memaklumkan kami bahawa beliau mencari seorang pemain pertahanan yang mampu memberi arahan di bahagian belakang (commanding), disamping berupaya bermain dengan bijak.
Kedua-dua ciri ini dilihat penting bagi mempertingkatkan barisan pertahanan Sarawak yang tampak goyak pada pusingan pertama Liga Super, sekaligus menyaksikan Sarawak bolos 24 gol, meletakkan pasukan yang bertapak di Kuching itu sebagai pasukan kedua terbanyak bolos di Liga Super.
Kehadiran pemain import yang commanding sudah pasti akan mengurangkan kesilapan di bahagian pertahanan, dan pemain yang bijak akan membantu pasukan Sarawak apabila melakukan serangan pantas.
Sarawak dijangka akan membuat pengumuman rasmi berkenaan pemain import pilihan barisan kejurulatihan Sarawak selepas Hari Raya Aidilfitri.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




harap pilih bena2..xmok klak nak sama jak upa..rugi woii gaji besar byar gaji import..
besar na juak perut coach tok eh..slow jog coach
Balat ngirup beer coach tk..hehe
umbas nyak ngirup beer d.u,ngau org zumba neh..huhuhu
andai dpat 2 pertukaran kan elok mins.bahagian depan tu tk berapa menyerlah.
penyerang dah ok pok, dumba makache pun boleh bermain di tengah, cuma defend dgn stopper jak
Cari yg lasak n mampu membaca setiap gerakkan lawan
Striker tukar ambil thiago agostho tu ganding dgn dumba bru kuat sengat sarawak
Import mesti pandey sebut “palak huntak kuhak” hahahaha
Import tempatan pun maok tukar juak.