Selangor gagal di dalam misinya memungut mata penuh malam ini selepas Sarawak berjaya mengikat pasukan pelawat di Stadium Negeri.
Bermain di hadapan tidak lebih 2,000 peminat, pasukan Sarawak bermula garang dengan asakan awal melalui Ndumba Makeche yang tersasar.
Selangor membalas serangan melalui Ronaldinho, namun Shahril Sa’ari pants menyelamatkan keadaan pada minit ke-lapan.
Benteng pertahanan Selangor kemudiannya cemas seketika apabila Makeche bijak memerangkap pertahanan Selangor dengan larian pantas beliau, namun bola rembatan Makeche berjaya dikeluarkan Khairul Azhan sebelum ianya mencecah belakang jaring.
Selangor kemudiannya mula mengawal perlawanan tetapi ketangkasan Shahril terus memastikan pasukan pelawat itu kecewa pada minit ke-20 dan 30 perlawanan.
Pada minit ke-40, Sarawak walaubagiamanapun meletakkan diri di hadapan apabila Junior Aparecido mudah menewaskan Khairul melalui sepakan penalti yang diberikan pengadil hasil kekasaran yang dilakukan Azmi Muslim. Kelebihan Sarawak itu kekal sehingga tamatnya babak pertama perlawanan.
Bermula babak kedua, Selangor terus mengasak kubu Sarawak dan hampir-hampir menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-68 melalui sepakan percuma Azmi. Sungguhpun demikian, sepakan cantik tersebut terkena palang gol Sarawak, meneruskan pendahuluan Sarawak di dalam perlawanan yang semakin rancak.
Selangor akhirnya menemui gol penyamaan yang dicari pada minit ke-78 apabila pemain gantian, Adam Nor Azlin berjaya menewaskan Shahril.
Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan selepas itu, namun pertahanan kedua-dua pasukan terus gah mengecewakan setiap serangan.
Selangor kemudiannya terpaksa bermain dengan sembilan pemain selepas U. Ukah dan Muhd Umar dibuang padang.
Kedudukan 1-1 itu kekal sehingga tamat perlawanan, sekaligus memberikan Sarawak satu masa berharga.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




Seri adalah lebih baik dari kalah. Tahniah sarawak fa.
Amin.
Ntah sapa yg hampa sebenar nya…kih kih kih
Bunyamin Omar dgn Ugo ukah bergaduh sesama dikpun, duak2 kenak buang Padang, haha
Konpom kena denda ngn psatuan sendiri
Crisann Khalfani rugi xdiat ehh😁
Jarang2 saya dapat peluang tengok pemain dalam satu team bergaduh sesama sendiri.
Bolos tauk ada…
Jumpa Kelantan mesti menang…
Sgor xda nya hampa.. Swak bruk nya hampa.. Main home pun seri.. Terukk
Tiada harapan stay di liga super…….rumusanya….mengecewakan
yang hampa pasukan sarawak,seri je..
kipidap Sarawak…dongibap
Dari pada kalah bagus juak seri..
Jadila seri daripada pong pang dalam FB jak..Sedangkan g stadium gik sik…Tauk ada nk meroyan dalam FB x tentu pasal…
Seri satu keputusan yg baik..tahniah sarawak..
Sarawak pun hampa sik dpt mata penuh mlm td..