Ronny Harun melahirkan beliau amat teruja untuk kembali bersama skuad kebangsaan selepas tidak dipanggil ke skuad tersebut selepas beberapa tahun.

Menurut laporan Astro Arena, Ronny sendiri mengakui beliau terkejut mendapat panggilan skuad kebangsaan, dan berjanji akan memberikan yang terbaik sekiranya diminta bermain ketika Malaysia menentang Filipina kelak.

Ronny yang sepatutnya disertai rakan seperjuangan Junior Eldstal di dalam skuad kebangsaan kali ini mendapati dirinya berseorangan dari skuad Sarawak apabila Junior dilaporkan telah digugurkan pada saat-saat akhnir.

Skuad bimbingan Ong Kim Swee itu akan menentang Filipina di dalam satu perlawanan persahabatan yang akan menyaksikan Ong memberi fokus kepada memantapkan barisan pertahanan dan tengah.

1 COMMENT

Comments are closed.