Jurulatih pasukan Sarawak, K Rajagobal memberi amaran awal kepada pemain import beliau berkenaan langkah drastik yang bakal diambil Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) sekiranya Sarawak terus gagal menunjukkan prestasi lebih baik di dalam kempen Liga Super musim ini.
Menurut Rajagobal, beliau masih menaruh harapan dan kepercayaan kepada pemain-pemainnya kini, namun pemain harus bersedia untuk bersikap profesional sekiranya keadaan kekal seperti sekarang.
Raagobal turut mengakui bahawa jentera serangan beliau tidak beraksi seperti diharapkan setakat ini, dan penambahan bilangan pemain yang cedera merencatkan lagi perancangan beliau.
Dalam pada itu, Rajagobal memberi tanda bahawa jika situasi kini kekal sehingga bulan Jun, Sarawak akan mula mencari pemain import baharu bagi memastikan Sarawak berupaya bersaing di Liga Super pada musim ini.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




[…] is not the first time Rajagobal has hinted he will make major changes to the Crocs after he also did the same a few weeks ago following Sarawak’s dismal start in the Liga […]