Pengurusan tertinggi bolasepak Sarawak akan bakal menyaksikan perubahan pada hari Sabtu, 17 September ini apabila Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) bercadang mengadakan mesyuarat agung serta pemilihan exco bagi penggal baharu persatuan tersebut.
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh FAS, jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan 5 Naib Presiden akan dipertandingkan bagi membolehkan individu terpilih daripada undian, menerajui persatuan bagi penggal 2016 hingga 2018.
Mesyuarat yang akan diadakan di Hotel Waterfront Kuching pada jam 10 pagi akan turut menyentuh kemasukan Persatuan Bolasepak Bahagian Serian (PBBS) yang baharu ditubuhkan. PBBS dijangka akan diterima sebagai ahli gabungan ke-14 FAS di dalam mesyuarat kali ini.
Dalam pada itu, FAS juga mengingatkan bahawa sesiapa sahaja boleh dicalonkan untuk memegang mana-mana jawatan yang akan dipertandingkan, namun calon mestilah mempunyai dua pencalonan daripada tiga belas Ahli Gabungan iaitu setiap Persatuan Bolasepak Bahagian (PB) yang bernaung dengan FAS iaitu Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Sarikei, Kapit, Bintulu, Miri, Limbang, ATM Sarawak and PDRM Sarawak.
Pemilihan FAS kali ini dilihat amat penting kerana ianya akan mencorak perjalanan bolasepak Sarawak untuk dua musim hadapan, dan tekanan peminat bolasepak sejak baru-baru ini mungkin akan mengakibatkan berlakunya beberapa perubahan di kalangan pencalonan bagi jawatan-jawatan tertentu Persatuan Bolasepak Bahagian.
Untuk rekod, Presiden FAS kini adalah Datu Sudarsono Othman.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




Baru nk tukar..hmm
Baguussss!!!!!!!!!aku like 1000peratus
ketawa
Pande datok Sudarsono ngatonya bah, focus jadi champion liga perdana musim depan jak #harussetia
Itu lah yg semolek2 nya….Terbaik.
Aummm..bena nh kh yaaa..
Lambat cerita
Terbaik…semua tukar
mggu dpn dh bulan september..
Hari2 tukar pgurus…
99.9% xkan ada perubahan….
Nei kapten gulzar hoo..dlok ble tahan team srwk..time ya..liga super blom wujud..gik..zaman tm piala mlysia..
Kenak sik kinek2 tukar pegurusan.
dah nazak baru nak buat itu ini
paloi..
kita maok barisan kepimpinan FAS dirombak dan sudarsono lepaskan jawatan! bukan hanya “tukar” pengurusan!
Swak sebesar semenanjung, patut sebuah pasukan yg d geruni.
betol ke???????
Taun tok FAS kurang masuk $$$$$$..sebab ya mauk d rombak.. Poket cda nya dah mula susut, kantau x da..
Sekali dgn pemain.cari bakat anak swk di seluruh bumi kenyalang dibahagian dearah pedalaman.
berani la kuar dana byk2..mum maok team swk berjaya..mcm era alan vest dlu
iboh cakap ajak datu sudar uiiii.. Dh lambat.. kmk like 100000 xda GST kih3….
taktik melari dirik..duit berkontena abis
Denga crita tmj ambik😂
Sapa tere ctok..bleh lobi jd presiden nun.haha
Kau sekali keluar dari fas……
Lmbt cerita oi… Coba awal2 gk tukar nk kh maneh…
Hahahahha harus setia kikikiki
David usop dah stdy nak tukar apa, kira tbaek dah David embak swak.
Ebuh ada persatuan agik bah
poket bocor
Itu yg sepatutnya dipolah semasa sarawak fa di puncak..but anyway good for the sarawak fa mun benda tok direalisasikan segera.kami sepagai pemain no. 12 memang berharap pengurusan terbaru akan menjadikan jdt sebagai pemangkin untuk menaikkan mutu sarawak fc
Rombak habis2 termasuk pemain… sekian terima kasih…. next year kita setahap jdt… insya ALLAH… harap TOK NAN masuk campur hal dalaman FAS ia…
Selagi x d tukar selagi ya akan kecundang…
Bagus jua tukar kinek tok. Sikda kemajuan. Nak masuk 5 kelompok d atas susah.Taun depan cari anak swak dari lundu sampe limbang. Kan jua sikda pamain bagus d swak tok.ooo hah..
Lbih bgus tkar pngurusan je
Jangan jadi kedak exco FAM yg polah u turn…
Yahoooo!!! Kick out cdak kaki bangku dlm FAS..hahaha
Pengurus tk perlu tukar yg perlu ditukar adalah pemain 2 yg kurang potensi cari lah di seluruh swak kita tuk ,jgn pilih bulu gilak
Ok….. berita baik
** cepat sikit la.
Hahahahaahaha….padan muko…
Crita yg sama jak tiap2 thn,klak muka yg sama juak dlm FAS nun.Alasan..berpuas hati dgn kempimpinan yg selama ini,Yg berbahagia Presiden dikekalkan..
[…] Bolasepak Sarawak bakal tukar pengurusan September ini […]
Bulak ya klak x ada apa2 ya cmya jk ko..
[…] bakal mengadakan Mesyuarat Agung pada 17 September ini dengan semua jawatan tertinggi […]
[…] Presiden FAS semakin hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini sejak FAS mengesahkan mereka akan membuat pertukaran pada pengurusan pada 17 September […]
[…] akan melantik ahli exco baharu pada Sabtu […]
[…] the Sarawak Football Association (FAS) General Meeting coming this Saturday, it seems likely that new faces would emerge within the FAS exco line-up with many bowing out due […]
[…] pemilihan exco Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) Sabtu ini, wujud maklumat yang diperolehi SarawakCrocs bahawa Menteri Pengurusan Sumber dan Alam Sekitar […]