Dengan pemilihan exco Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) semakin hampir, ura-ura siapa bakal menjadi presiden baharu FAS semakin hangat.

Terbaru menurut sumber SarawakCrocs, adalah kemungkinan Menteri Kerja Raya, Datuk Haji Fadillah Yusof dicalonkan.

Menurut sumber yang enggan namanya disiarkan, Fadillah merupakan seorang peminat bolasepak yang tegar, dan beliau telah sering mengikuti perkembangan semasa bolasepak Sarawak. Beliau turut terlibat secara aktif di dalam Liga Bolasepak Rakyat (LBR), yang mana menyaksikan beliau membantu pasukan Kuching FA dari segi kewangan.

Turut sama mungkin dicalonkan adalah Fazruddin Abdul Rahman, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Tupong, yang mana mungkin dicalonkan sebagai Timbalan Presiden FAS yang baharu.

Sebelum ini, beberapa nama telah dikaitkan dengan jawatan presiden FAS, namun dua calon yang disebut yakni James Masing dan Haidel Heli, telah menegaskan mereka tidak akan bertanding.

FAS akan melantik ahli exco baharu pada Sabtu ini.

20 COMMENTS

  1. Bgus lgi lantik pengurus petronas .gali hasil bumi swk tapi hasil tu pgi ke mlya.dri hasil tu pgi ke mlya bgus hasil tu utuk byar gaji permain skud bujang senang.

  2. Menteri2 swak smua mok ngisi jawatan Presiden FAS,ada ku kesah…Dah lah dlm kabinet negeri ada jawatan,sektor kerajaan gik berjawatan juak,blom gik kantau2 luar nun.Nek tok mok gik berebut jadi bos FAS.Lantak la labuu.!!!mmg jahanam la mun org politik msuk juak dlm team bol.Bagi la org yg bnar2 tauk psl bol.Xda gik kah dlm swak tok tauk psl bol?Maka ada 2 juta lebih penduduk kta swak tok,maok juak org politik megang team bol.Stakat mok duduk kerusi FAS ya dpt gaji beribu,sudah2 lah Yb.Gaji ktk org pun dah beratus ribu sebulan.Sik ckup lg ka gaji dlm DUN,& luar nun?Hancor team swak aku….

  3. calon mestilh seorg yg pakar dlm. pembangunan bolasepak jgn cuma nk dpt populariti semata matamata. kriteria lain ialahl yg berpengaruh dlm kewangan. bijak memilih .jurulatih dan pemain berkualiti berkualiti.

Comments are closed.