Pertandingan untuk kerusi panas jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) semakin panas hari ini apabila pihak SarawakCrocs dimaklumkan bahawa Timbalan Ketua Menteri Sarawak, James Jemut Masing dilihat bakal menerima pencalonan kukuh untuk jawatan tersebut.

James Masing yang terkenal dengan kelantangannya berkenaan isu-isu berkaitan Sarawak, bukanlah nama asing di dalam bolasepak Sarawak selepas beliau dilihat acap kali memberikan komen berkaitan bolasepak Sarawak, khususnya berkenaan isu-isu sensitif.

Pelantikan James Masing sebagai Presiden FAS yang baharu dipercayai akan memudahkan lagi FAS mendapatkan dana yang diperlukan untuk pembangunan bolasepak Sarawak, sekaligus menyaksikan pasukan Sarawak memiliki kewangan yang lebih kukuh berbanding kini.

Sungguhpun demikian, terdapat juga beberapa pihak, terutama dari golongan pemerhati bolasepak tempatan, yang berpendapat bahawa Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah adalah calon yang sesuai untuk mendukung masa depan bolasepak Sarawak kerana penglibatan beliau secara aktif di peringkat sukan dan belia Sarawak.

FAS bakal mengadakan Mesyuarat Agung pada 17 September ini dengan semua jawatan tertinggi dipertandingkan.

65 COMMENTS

  1. pastikan bila anda jadi president,angkat kembali maruah,prestasi dan kejayaan pasukan bujang.kembalikan semula kegemilangan ngap sayot seperti dibuat oleh arwah datuk haji taha ariffin dulu.

  2. Politik?? Huh… harap sik teruk macam FAM… tapi harus kah ada unsur politik ??? “Ya politik main peranan untuk dapatkan sponsor:… kata beliau kepada umum… cehhhh

  3. Kalau tak mahu orang politik pegang , siapa lagi yg ada kuasa dan pengaruh utk mengemudi fas? Nak cari org bangsawan, tiada… Kalau nak CM pegang pun tak bolehkh sbb dia ketua politik?

  4. Satu soalan saja…berapa jawatan Dia dah Pegang Dalam kerajaan? Selain sebagai ahli DUN. Ada x Masa Dia Utk memtadbir fas. Jgn nama Jak besar Tapi bayang2 pun x nampak Klk. Coba lah carik org nok dapat full time presiden, tumpukan sepenuh Masa Dan perhatian.

  5. Kita sik menafikan calon2 presiden terkini n sebelum tok mmg mmg berkelayakkan tp tugas beliau sebagai timbalan ketua menteri amatlah berat…adakah pembangunan bola sepak srwk dpt beliau monitor sepenuh masa…?sedangkn presiden sblm tok gik tunggang langgang keadaan FAS….

  6. Tok arena bolasepak bukan arena politik
    Soalan saya sini fokus nya kelak
    Setakat ada jawatan dlm politik bukan bermakna modal utk sukses dlm bolasepak
    Bagi saya Org kerajaan patut duduk dan carik jalan terbaik utk memilih org yg patut memegang jawatan bukan by milih org yg ada kedudukan ajak
    Sekadar pandangan ajak
    Somebody with character n vision need to lead n support by our gomen n fans to lead FAS

  7. Sy sokong apa jua langkah utk memajukan fas.. Mudahan sekiranya berita ini betul…team kesayangan anak kenyalang ini akan lebih maju dan terbang tinggi selepas ini…

  8. Makin hancur team Swk enti Masing tu megai pgwa dlm Fas,indah jadi menteri tanah abis tanah bangsa Dayak ka d empu ia.Nama agi nda kala ninga Masing tu meda main bol.Main bol ukai baka main politic.Indah dlm parti Masing tu balaya kin kitu.

  9. Selam sejahtera, Salam 1Sarawak..
    Di sini saya mewakili Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing ingin memaklumkan pada seluruh peminat bola sepak Negeri Sarawak bahawa beliau tidak akan bertanding dalam AGM yang akan datang atas faktor masa dan jadual kerja yang amat padat.

    Sehubungan itu, mana2 individu yang sebelum ini berminat nak menjadi Presiden namun terpaksa menarik diri untuk bertanding hantarlah borang pencalonan anda. Semoga berjaya kepada calon Presiden 2016/2018.. Saya mewakili Persatuan Bola Sepak Bahagian Kapit mengharapkan perubahan yang mampu membangkitkan kembali bola sepak Sarawak. Visi Dan Misi bukan sekadar menang piala namun tetapkan hala tuju FAS dan Wujudkan Pelan Pembangunan Bola Sepak Sarawak secara konsisten dan menyeluruh hingga ke akar umbi.. Pembangunan bola sepak perlu selari sama ada pemain, jurulatih dan pengadil.

    Perkara utama yang perlu dititik beratkan adalah bagaimana merancang program pembangunan di peringkat bahagian dan bukan fokus kepada skuad senior sahaja..

    Kepada calon dan bakal presiden baru semoga berjaya mengemudi FAS.

  10. Tok pdpt 10% akulah.aku nang xpcyak mun owg politik jd presiden psatuan sukan.tgga lah trganu ya.huru hara dpolah mb nya.lom takowg ngga slangor.kelantan gik.ya suma ctoh yg dh jd.xksah nya owg bn ka pmbgkang ka,nya akan gago lok hal politik nya.sbb ya lbh mnguntungkan drik nya.ney gik jwtn dlm kerajaan,kwsn pngundi nya,parti politik nya gik.bkn bol jak.mana2 psatuan dlm msia tok mun owg politik mgang mmg ada jak problem.cmney kes sepak takraw ngan olahraga dolok.sma juak byk hal.owg politik juak.mun mena kja nya bgus oklah.tp yg bgus ya bleh kira ngan jari jak.tgga lah apa akan jd lpas tok.

Comments are closed.