Home Malaysian football Benedict Martin dipikat kelab Indonesia? 

Benedict Martin dipikat kelab Indonesia? 

Bekas pemain tengah Sarawak FA, Benedict Martin khabarnya kini berada di Surabaya selepas beliau dipelawa untuk menjalani percubaan dengan sebuah kelab dari Indonesia.

Menurut maklumat yang diterima, Benedict akan berada di Surabaya untuk beberapa hari untuk tujuan itu.

Benedict yang pernah menyarung jersi pasukan Sarawak FA pada 2011 turut pernah bermain untuk pasukan Perak FA sebelum beliau berhijrah ke Kuala Lumpur FAdan bermain bersama pasukan tersebut.

Bersama pasukan Kuala Lumpur FA, Benedict dilihat cemerlang sebagai seorang pemain tengah dan pakar sepakan percuma, disamping dilantik menjadi ketua pasukan.

Jika Benedict berjaya di dalam percubaan beliau di Surabaya, berkemungkinan beliau akan menjadi pemain kelahiran Sarawak yang pertama yang bermain untuk pasukan kelab di luar negara.

RECOMENDED LINKS:


54 COMMENTS

Comments are closed.