Home Malaysian football Sarawak United tarik diri dari Liga M3 Malaysia

Sarawak United tarik diri dari Liga M3 Malaysia

Kelab bola sepak Sarawak United sah menarik diri dari Liga M3 (Kejohanan Bank MBSB) untuk musim ini.

Perkara tersebut diumumkan oleh Amateur Football League (AFL) selepas Mesyuarat Kali Pertama Tahun 2024 Ahli Lembaga Pengarah yang telah dipengerusikan oleh Pengerusi AFL, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Mesyuarat itu turut dihadiri oleh empat Ahli Lembaga Pengarah iaitu YBhg. Datuk Kamarudin Haji Hassan, Encik Farhan Ibrahim, Tuan Syed Yazid Syed Omar dan YBhg. Dato’ Adly Shah Ahmad Tah secara atas talian.
Dalam mesyuarat tersebut, 9 pasukan sah akan menyertai Liga M3 musim ini yakni Armed Forces FC, Harini Selangor FT, Imigresen FC, Malaysian University, Melaka FC, YPM FC, Manjung City FC, PIB Shah Alam FC dan Bukit Tambun FC.
Dua lagi pasukan iaitu KL Rovers dan UiTM United diberi tempoh lanjutan sehingga 14 hari untuk melengkapkan pengesahan penyertaan mereka.
SAINS FC dan Sarawak United FC pula sah menarik diri daripada Kejohanan Bank MBSB, manakala Naga Ultimate KS FC diturunkan ke Liga Al Ikhsan Cup 2024.

RECOMENDED LINKS: