Pasukan Serian FA hampir pasti untuk melayakkan diri ke peringkat suku akhir Liga Bolasepak Rakyat 2017 peringkat kebangsaan sekiranya mampu meneruskan momentum positif di sepanjang baki dua perlawanan yang akan datang.

Serian setakat ini mengumpul tujuh mata dari empat perlawanan setelah menang dua kali, seri sekali dan kalah sekali dalam saingan peringkat kumpulan Liga Bolasepak Rakyat peringkat kebangsaan 2017.

Kedudukan Serian dicabar pasukan Wilayah Persekutuan Labuan dengan kutipan empat mata setelah menang sekali, seri sekali dan satu kekalahan.

Namun, pasukan Labuan masih berpeluang untuk memberi saingan kerana kekurangan satu baki perlawanan berbanding pasukan Serian.

Satu lagi pasukan wakil negeri Sarawak, Limbang pula setakat ini hanya mengutip 2 mata dari 3 perlawanan setelah seri dua kali dan kalah sekali.

Pasukan Serian dijadualkan akan menentang pasukan Kota Marudu/Keningau/Kota Belud di Stadium Mini Serian Sabtu ini jam 4 petang. Pasukan Limbang pula dijadualkan menentang Labuan di  Kompleks Sukan Labuan sabtu ini jam 4 petang.

Comments

1 COMMENT

Comments are closed.