Pemain muda Sarawak, Nur Shamie Iszuan Amin telah dipilih untuk mewakili pasukan Malaysia bawah 23 tahun dalam kejohanan Piala Dubai yang bakal dilangsungkan 20-28 Mac di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

Sebelum ini, dua pemain berbakat dari Sarawak iaitu Tommy Mawat dan Nur Shamie Iszuan Amin telah dipanggil oleh pengendali skuad kebangsaan Harimau Malaysia bawah 23 tahun, Frank Bernhandt untuk sesi latihan pusat di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil selama 6 hari yang berakhir 17 Mac 2017.

Shamie ternyata berjaya memikat hati Frank yang telah bertindak menyenaraikan pemain sayap lincah tersebut sebagai antara 23 pemain yang dibawa ke Dubai.

Kehadiran SHamie di dalam pasukan bimbingan Frank ini bukanlah sesuatu yang baharu kerana Shamie sudah acap kali dipanggil untuk bermain bagi pasukan tersebut.

Beliau dalam pada itu bukan sahaja berjaya meletakkan diri sebagai pemain kesebelasan utama pasukan Frank, namun juga pernah menjaringkan gol untuk pasukan tersebut.

Dalam pada itu, adalah dijangkakan Shamie akan terus menyinar untuk pasukan Malaysia, sekaligus, terus dipanggil bagi pasukan bolasepak Sukan SEA kelak.

6 COMMENTS

  1. Semoga pengalaman Shamie dan Tommy bermain kat piala Dubai tok kelak dapat sedikit sebanyak membantu corak permainan team Sarawak…#TOMMY #SHAMIE #anakjatiSARAWAK #doakanSARAWAKmenang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here