Home Malaysian football Machan FC mohon sertai Liga M3

Machan FC mohon sertai Liga M3

Kelab bola sepak dari Machan FC telah memohon untuk menyertai Liga M3 Malaysia yang kini dikenali sebagai MBSB Bank Championship.
Menurut Amateur Football League (AFL), kelab tersebut telah memohon untuk menyertai pertandingan tersebut, dan AFL memberi tempoh 14 hari untuk melengkapkan pengesahan penyertaan mereka.
Pada kebiasaannya, sesebuah pasukan perlu menjadi juara untuk layak ke Liga lebih tinggi namun Machan FC dibenarkan menyertai Liga M3 kerana penarikan dua pasukan, SAINS FC dan Sarawak United FC
Machan FC adalah pasukan dari Liga M4 (al-ikhsan Cup) zon Borneo dan berjaya layak ke separuh akhir liga tersebut pada musim lepas.
Kelab yang berasal dari kawasan Machan di Sibu itu dinaung oleh Allan Siden Gramong yang juga merupakan ADUN Machan.

RECOMENDED LINKS: