Bekas pemain Sarawak FA, yang kini telah berhijrah ke PKNS FC dilaporkan terpaksa merayu kepada Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) agar melepaskan Sijil Pendaftaran Negeri (SPN) beliau bagi membolehkan beliau bermain dengan pasukan baharunya.
Rodney Celvin, yang pada tahun lepas menerima tawaran PKNS FC untuk bermain di bawah kendalian K Rajagobal dikatakan kini tidak dapat beraksi bersama pasukan baharu beliau ekoran keengganan FAS untuk melepaskan SPN beliau, sekaligus menyaksikan kerjaya bolasepak profesional beliau terus tergantung.
Menurut salah sebuah laman peminat bolasepak Sarawak, Rodney telah mengaku bahawa beliau tersilap langkah di dalam urusan penerimaan kontrak PKNS FC, dan beliau telah membuat permohonan maaf secara terbuka melalui laman Facebook tersebut.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys
Jika FAS tidak melepaskan SPN Rodney, kerjaya bolasepak pemain kelahiran Serian itu berkemungkinan akan terus tergugat dan hancur kerana beliau tidak dapat bermain bolasepak.
Pada tahun lepas, perpindahan mengejut Rodney telah menjadi isu apabila Setiausaha Agung FAS pada ketika itu, Razali Dolhan, berkata bahawa Rodney telah bersetuju menyarung kembali jersi pasukan Sarawak FA pada musim ini. Razali dalam perkembangan sama menegaskan FAS tidak akan melepaskan SPN Rodney sekiranya Rodney terus mahu ke PKNS sambil menyifatkan Rodney telah bersikap tidak profesional.
Rodney telah menafikan bahawa beliau terikat dengan FAS dan berkata FAS telah gagal menawarkan kontrak kepada beliau sungguhpun beliau pada awalnya bersetuju untuk menyarug jersi Sarawak FA.
Dalam pada itu, kami dimaklumkan oleh pegawai dari FAM bahawa pemain bebas untuk berpindah sekiranya surat tawaran tidak mengandungi terma-terma kontrak seperti tawaran gaji dan tempoh perkhidmatan, namun pemain dianggap terikat jika surat tawaran mengandungi elemen-elemen tersebut.
Kami tidak pasti pihak mana yang betul di dalam kes ini kerana kandungan surat persetujuan tidak pernah didedahkan, namun yang kini pasti, FAS memegang SPN Rodney sebagai ‘tebusan’ akibat meninggalkan Sarawak FA.
Oleh itu, adalah diharapkan isu Rodney, yang lebih dikenali dengan nama Bonai, akan selesai di dalam masa terdekat.
Bincang elok elok…. baru boleh lepas bro…
Sepatutnya FAS yg tahu sbb mereka yg buat syarat2 dlm kontrak,dan player perlu faham sblm tandatangan kontrak…sbb lesen ada berada di tangan bekas majikan,contohilh cara Bobby Gonzales,dia tiada maslh untk kembali bermain dgn Sarawak
sik sabar nunggu sarawak vs sabah…. Who King of Football in Borneo….. gd luck Sarawak/Sabah…
Lepaskan jak la…. pemain Sarawak tak kira bermain utk mana2 pasukan adalah tetap kebanggaan Sarawak….
sepatutny sarawak fa meminta wang pemindahan permain kalau permain tu masih ada kontrak seblum 6 bulan terakhir…….
Dah habis contract lah masa ya
lepas jk laaa..bia dia main pasukan apa pn..nt join team pn dia bknnya main..simpan jaaa dia smpai mereput pon xda gunaa..
Main dgn pkns pun mereput juak mun raja megang..
Boleh jak lepaskan.. tapi pkns kenak bayar la mun masih under contract.. mcm player kelantan dolok.. mok x mok terpaksa juak swak on loan player ya.. jgn team kita alu semua brik free jak.. mun nak main ngan team lain rujuk la dgn fas
kena byr pampasan lh
Mun blom sign nang ny free agent.. mun dah sign terpaksa bayar transfer fee..
Bantulah…
Biarkan lah bonai tu bermain utk team pkns,take usah nak berdendam,suatu hari nti dia akan pulang juga utk jadi player Sarawak juga.n fas harus ingat juga pkns bermain DLM liga super, Sarawak DLM liga premier so biar kan lah.bonai masih muda suatu ari nti dia tetap bermain utk team Sarawak.
Kesian Bonai.. walaupun digantung tak bertali ttp sakit jua. Pleaselah FAS.. lepaskan jak. Biar dia menimba pengalaman di negeri orang. 2 musim dgn Srwk pun duduk kat bangku simpanan je. Lama2 nanti jadi kaki bangkulah pulak. Kalau Srwk btl2 perlukan khidmatnya next year sediakan umpan bagus sikit.. gerenti dia kembali
Lepas aja Bonai ia. Biar nya timba pengalaman kak ia nya main ngan swak agi
Sian bonai..
Lps kan la..die pun nk cari mkn..
Lepaskan jak lah, berikla peluang bakat main dekat luar, lekat dlm sarawak pun x juak kwu pilih nya main
Oo tedah bonai.. fas gik masih terasa kali. Lekak di angkat dlm senior tp kenak polah cmya.