Persatuan Bolasepak Bahagian Limbang mempelawa mana-mana pasukan bolasepak amatur yang berminat untuk menyertai Liga Limbang musim 2017/2018.

Liga Limbang dibahagi kepada dua divisyen, iaitu Liga Super dan Liga Premier, di mana 6 pasukan terbaik Liga Super 2016/2017 dan 2 pasukan terbaik Liga Premier 2016/2017.

SarawakCrocs Fantasy Premier League 2019/20

Mana-mana pasukan baru yang mendaftarkan diri akan disenaraikan untuk beraksi dalam Liga Premier 2017/2018.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 25 Februari 2018. Liga pula dijangka akan bermula pada awal bulan Mac 2018.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Frederick Lalung (0198150387), Abd Ajis Kon (0138197338) atau Bulhaji Wahab (0128728122).

Borang penyertaan boleh didapati dalam pautan berikut https://goo.gl/forms/21A9guoBLz1ApHLH3.

1 COMMENT

Comments are closed.