KUCHING – Persatuan Bolasepak Bahagian Kapit (Kapit FA) hari ini telah menerima secara rasmi piala Tan Sri James yang akan menjadi rebutan lapan pasukan pada hujung bulan ini nanti.
Majlis penyerahan piala oleh Lea Sports Centre (LSC), yang merupakan penaja utama pertandingan tersebut dibuat di pejabat rasmi Penaung Kapit FA, Tan Sri James Jemut Masing di Bangunan Baitulmakmur petang tadi dengan dihadiri juga oleh Presiden Kapit FA, Kennedy Kuyang.
Liga Kapit yang kini dinamakan secara rasmi sebagai Piala Tan Sri James Liga Kapit itu adalah salah satu daripada intipati Pelan Pembangunan Bolasepak Kapit (PPBK), yang mana objektif akhirnya adalah untuk menghasilkan pemain bolasepak yang bertaraf tinggi.
Presiden Kapit FA, Kennedy yang ditemui selepas majlis pula menyatakan bahawa beliau amat berharap lebih banyak padang bolasepak akan dibuka di bahagian Kapit bagi mengurangkan beban yang kini ditanggung padang Stadium Terbuka Kapit, khususnya ketika pertandingan besar. – sarawakcrocs.com
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




Shymon Thoo Rubert tok nya
Haha
Zohn Swintenhan Porok player pro bro.. siap sign kontrak gk.. saja mok show piala rebutan..hahaha
Hahaha..terer nya ya..
mudah mudahan amin hahaha
amateur oi..bkn pro haha
Hahaha