Kelantan United telah mengesahkan kedatangan Akira Higashiyama ke kelab tersebut dengan menekankan bahawa kejayaan Akira di Kuching City FC menjadi antara sebab mengapa Kelantan United memilih Akira.
Penolong pengurus, Nik Khuzaimi Nudin mengakui kehadiran Akira membolehkan ‘The Green Deers’ memulakan persediaan mereka dengan lebih awal dan sebaik mungkin.
“Akira telah membuktikan statusnya selaku jurulatih muda tetapi menerapkan idea segar ketika melatih kelab Kuching City FC”.
“Kemasukannya memberi kita manfaat terbesar kerana dia sudah berpengalaman di Liga Malaysia dan ini akan memudahkan beliau untuk membentuk sebuah skuad terbaik seterusnya cuba bersaing merebut tempat terbaik di Liga Premier serta saingan piala”.
Jelas Khuzaimi lagi, fokus mereka selepas ini ialah mendapatkan pemain-pemain yang mampu menggalas tanggungjawab berat dan dapat bekerjasama dengan jurulatih agar setiap misi dan visi pihak pengurusan kelab dapat dilaksanakan.
Akira sebelum ini telah ditawarkan kontrak baharu bersama pasukan Kuching City, tetapi beliau telah dilaporkan menolak tawaran berkenaan yang mana sekaligus menyaksikan Kuching melantan Irfan Bakti bagi menggantikan beliau.