Home BERITA BOLASEPAK Peluang Kuching City dan Sarawak United ke Liga Super 2022 cerah

Peluang Kuching City dan Sarawak United ke Liga Super 2022 cerah

Peluang dua kelab bola sepak yang bertapak di Sarawak, Kuching City dan Sarawak United, untuk melangkah ke Liga Super pada musim 2022 dilihat amat cerah.

Ini adalah kerana daripada 11 pasukan Liga Premier musim hadapan, lima pasukan adalah pasukan simpanan yang mana tidak akan layak ke Liga Super biarpun memenangai liga.

Pasukan tersebut adalah Selangor FC II, Terengganu FC II, JDT II, Perak FC II dan peserta baharu kepada Liga Malaysia, pasukan π–―π—‹π—ˆπ—ƒπ–Ύπ—„ π–₯𝖠𝖬/𝖬𝖲𝖭.

Ini sekaligus akan menyaksikan hanya enam pasukan layak bertanding untuk melayakkan diri ke Piala Malaysia 2021 dan promosi ke Liga Super 2022, yakni Sarawak United FC, TRW Kelantan FC, Negeri Sembilan FC, Kuching City FC, PDRM FC dan Kelantan United FC.

Dengan hanya enam pasukan bersaing untuk slot promosi ke Liga Super, peluang kedua – dua pasukan kini bertambah baik khususnya jika dilihat dari segi pengambilan pemain, pegawai dan persediaan bagi musim akan datang.

Kuching City telah membawa masuk jurulatih ternama Irfan Bakti dan Wan Jamak Hassan bagi memantapkan lagi taktikal perlawanan mereka, manakala Sarawak United telah mengikat beberapa bekas pemain kebangsaan serta telah menggabungkan dua nama besar dalam bola sepak Malaysia, E. Elavarasan dan B. Sathianathan, bagi mengemudi pasukan mereka pada musim hadapan.

Kedua – dua pasukan dilihat kini mengunakan pelan jangkamasa pendek mereka bagi memantapkan pasukan agar promosi ke Liga Super akan menjadi kenyataan, dan kehadiran hanya empat pasukan lain yang bukan dari Sarawak yang menjadi saingan mereka akan sesungguhnya memudahkan sedikit cabaran tersebut.

Oleh itu, sememangnya tidak hairanlah kedua – dua pasukan kini berbelanja besar bagi memastikan peluang yang bakal hadir pada musim hadapan itu digunakan sepenuhnya.

Sungguhpun demikian, samada perancangan kedua – dua pasukan menjadi kenyataan hanya akan diketahui apabila sepak mula Liga Malaysia bermula pada Februari 2021.

Previous articleFPL: Liga Tribalex GW20 – 38 dibuka untuk pendaftaran
Next articleSarawak United tambah Stuart kepada senarai pemain