Abang Zulkarnain hampir pasti Presiden FAS baharu

Mantan Timbalan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Abang Zulkarnain Abdulrahman, hampir pasti akan menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) yang baharu menggantikan Posa Majais.

Abang Zulkarnain, atau lebih mesra dipanggil Abang Zul merupakan calon tunggal pada bagi Usul pemilihan presiden dan AJK baharu FAS bagi penggal 2023 – 2025 dengan 12 pencalonan.

Calon – calon lain yang disebut – sebut berminat menjawat jawatan presiden FAS seperti Abang Suhordie bin Abang Haji Zaini dan Rahman Lariwoo, serta seorang tokoh politik juga tidak dicalonkan sebagai presiden pada kali ini.

Menurut kenyataan media FAS, ketiadaan calon lain ini akan menyaksikan jawatan presiden tersebut tidak diundi dan tiada pemilihan pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) FAS yang akan dilaksanakan di Sarikei pada 28 Januari 2023 kelak.

Ini adalah sekaligus memberi gambaran Abang Zul akan disahkan sebagai presiden FAS baharu jika tiada masalah berbangkit timbul sehingga mesyuarat kelak.

Posa sah tidak akan mempertahankan jawatan apabila tidak disenaraikan dalam pencalonan jawatan presiden atau jawatan – jawatan lain.

Sementara itu, jawatan bagi Timbalan Presiden pula akan dipertandingkan di antara Abang Suhordie bin Abang Haji Zaini, Phillet anak Jabu, Mohamad Saif bin Jubaidi dan Kamaruddin bin Ahmed Junaidi.

Lima kekosongan untuk jawatan Timbalan Presiden pula akan dipertandingkan oleh 10 orang.

Kenyataan FAS bagi memaklumkan hal AGM FAS itu anda boleh baca dibawah.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top