Home Malaysian football Rahman Lariwoo sedia ganti Posa

Rahman Lariwoo sedia ganti Posa

FAS logo

Persoalan yang bermain di minda ramai samada ada atau tidak individu berminat mengambil alih jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) kini sudah terjawab apabila Dato Rahman Lariwoo menampilkan diri sebagai individu yang sanggup dan rela menggalas tanggungjawab tersebut.

Menurut laporan akhbar Utusan Borneo, Rahman yakin dengan kemampuan dirinya membimbing FAS jika diberi kepercayaan kerana mempunyai pengalaman lebih sedekad dalam bidang pengurusan persatuan sukan.

Beliau yang kini merupakan Presiden Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA), juga mengakui berminat dengan sukan bola sepak dan sering mengikuti rapat perkembangan sukan bola sepak Sarawak.

“Walaupun saya Presiden Persatuan Tinju Negeri Sarawak namun saya peminat setia sukan bola sepak” ┬ákata Rahman kepada akhbar Utusan Borneo.

“Malah saya juga mengikuti rapat perkembangan bola sepak negeri.”

“Sudah tentu jika diberi peluang, saya bersedia memikul tanggungjawab sebagai Presiden FAS.”

Menurut laporan sama, sukan tinju di bawah kendalian Rahman telah merangkul dua pingat emas, dua pingat perak dan satuk pingat gangsa pada SUKMA 2022, yang merupakan pencapaian terbaik Sarawak di SUKMA setakat ini.

Utusan Borneo juga menyatakan bahawa beliau memiliki beberapa syarikat dalam bidang pembinaan, minyak dan gas.

Pada kefahaman kami, Rahman juga merupakan ahli lembaga Perbadanan Sukan Sarawak (SSC).

Biarpun berminat terhadap jawatan Presiden FAS, persoalan kini adalah jika beliau boleh mendapatkan cukup undi daripada ahli exco bagi menggantikan tempat Posa, dan sekiranya beliau disyaratkan oleh Posa untuk turut mengambil alih Kelab Bola sepak Sarawak United yang kini dimiliki Posa bersama jika dilantik.

Ini adalah kerana Posa adalah presiden FAS yang sah sehingga 2024, dan menggantikan beliau memerlukan kelulusan ahli exco FAS ataupun pengunduran secara sukarela Posa sendiri.

Previous articleDesakan pengunduran semakin kuat
Next articleMantan Penolong Setiausaha Agung FAM ganti Posa?