Seorang lagi pemain import yag berasal dari Jepun bakal ke Kuching bagi mencuba nasib bagi mengisi slot pertahanan import pasukan Bujang Senang.
Menurut Ian Gillan, Ketua Jurulatih pasukan Sarawak FA, Yuki Ichikawa yang berasal dari Jepun, akan ke Kuching pada 20 Januari ini untuk menjalani percubaan bagi pasukan Sarawak FA.
Yuki yang pernah bermain bersama Albirex Niigata Singapore pada tahun 2012, telah berhijrah ke Geylang International pada musim 2014, dimana beliau merupakan pemain kesebelasan utama pasukan tersebut sehingga tahun lepas. Kedua-dua pasukan merupakan pasukan Liga Singapura.
Berumur 30 tahun, Yuki berketinggial 1.82m, dan merupakan seorang permain pertahanan.
Dalam pada itu, pihak kami percaya Yuki akan diambil sebagai pemain import Sarawak FA kerana masa semakin singkat untuk mendaftarkan pemain, dan Yuki adalah satu-satunya pemain yang dinamakan oleh Ian sebagai calon pemain import.
Trend pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) sebelum ini juga kami perhatikan banyak ke arah membawa masuk pemain import yang sememangnya sudah dikenalpasti, dan hampir pasti akan ditandatangani.
Kedatangan Yuki ke Kuching pada 20 Januari kelak sedikit sebanyak memberi indikasi bahawa Sarawak FA tidak akan membawa masuk pemain Australia seperti yang digembar germburkan oleh pihak pengurusan sebelum ini.