Pasukan Piala Belia Sarawak FA gagal memanfaatkan peluang bermain di tempat sendiri setelah sekadar seri tanpa jaringan menentang Johor Darul Takzim IV, di Stadium Negeri semalam. 

Kedua-dua pasukan bermula baik dengan pasukan Sarawak FA dan JDT IV saling berbalas serangan, namun ketumpulan jentera serangan kedua-dua pasukan menyaksikan tiada sebarang gol berjaya dihasilkan sehingga tamatnya 90 minit masa perlawanan.

Keputusan seri itu meletakkan pasukan Sarawak di tangga keempat dari 10 pasukan Piala Belia kumpulan A setelah mengumpul 11 mata dari tujuh perlawanan liga. 

Di tangga teratas liga adalah SSMP B-17 yang mengumpul 18 mata.

Pasukan Sarawak FA akan menentang Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV pada 21 April ini.

1 COMMENT

  1. jarang kita dapat lihat team Sarawak top 4 dlm kumpulan selama ini.. kalau dpt maintain sehingga habis liga di tempat keempat atau lebih baik, better kekalkan coach Safri.. kekuatan masa depan skuad piala presiden mahupun liga super, sik dpt dinafikan bermula dr piala belia juga

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here