Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) akhirnya menjawab isu berkaitan Muamer Salibasic di dalam satu kenyataan panjang di laman rasmi Facebook FAS.

Menurut Pengarah Komersial FAS, Abang Abdul Rahman Abang Naim, Muamer sememangnya diberi peluang untuk mencuba nasib untuk slot pemain import, namun beliau gagal memikat barisan kejurulatihan Sarawak FA yang diterajui Ian Gillan.

Abang Abdul Rahman dalam pada itu memaklumkan bahawa “pihak pengurusan FAS tidak masuk campur di dalam urusan pemilihan pemain dan barisan kejurulatihan mempunyai kebebasan sepenuhnya untuk memilih pemain berdasarkan peruntukan kewangan yang ada.

Beliau turut memohon maaf kepada peminat atas kegagalan Muamer memikat barisan jurulatih Sarawak FA di dalam kenyataannya.

Muamer sebelum ini telah melahirkan rasa tidak puas hati beliau terhadap FAS ekoran dimaklumkan bahawa FAS telahpun memuktamadkan senarai pemain import sebelum kehadiran beliau untuk sesi percubaan.

Dapatkan jersi tribal SarawakCrocs edisi 2018!
Dapatkan jersi tribal SarawakCrocs edisi 2018!

97 COMMENTS

  1. Alasan fas….belum friendly match dh buang.abis pemain jepun yg tgh trial dtg2 trs dpt Main..apa citer…sembang tahun lepas x nk amik import…..last2 jilat blk ludah sendiri….bkn nk mghukum n mgutuk..tp itulh hakikat bola sepak Sarawak…byk politik dlm…

  2. Aie …bila masa ian ya nangga ms10 main or pemilihan aria..pelik juak jawapan tok.. sik silap ada ms10 luàhkan aria…ian nie ada masa penilihan nya aria..hmm..something wrong..

  3. Haha…
    This man is set to lie and just work dirty job for incompetent management.. He and Dato Posa lied to me and three other guy’s at the Pullman Hotel.

    When I asked.. i saw selection list, and “Nebo” is coming to Sarawak in a few days, because the coach demands his arrival, he want him.. ! They said: Yes he want that guy, but to expensive bla bla “NO he is not coming” but day after that meeting- Razali says for newspapers that Im to expensive….! its mean Razali n Coach make decision long time ago….
    its mean: Dato and Rahman is just there to talk around , but decisions is up to General secretary.. how good menagement is ? – you can see on results!!

  4. until now no import player as good as u Muamer Salibasic..it all internal issue ..u still deserve to represent Sarawak FA.u still MS10 the legend

  5. who ever imported players… i will always go for MS10.. full support for MS10. and really feel up sad when MS10 is not selected and not in the list of all the players

  6. Dah lah negara penuh dgn politik…. sampei dlm FAS pun politik x habis2…. Dato Posa patut pecat semua AJK lama & masuk kan AJK baru. Selagi cdak lama masih mcm ya lah keadaan nya…… walau tampuk teratas nya baru….. coach IAN mun xdpt menang 5 perlawanan awal sila letak jawatan…..

  7. Tauk ada alasan.sik ngenang korban Salibasic ngan sarawak.Pa boleh buat nya cedera teruk.Ian Gillan rasa bagus gilak.Nok record nya x berapa bagus ngan bekas2 club sebelum tok..sik akan lamak nya ngan sarawak mun attitude suka nyumpah2 players.Fuad Grbesic ya kacak lagik tactic Formation nya cuma players jak belom dapat adapted sebab nya coach sementara.Tapi nya lah nyelamat sarawak dari masok liga perdana dolok.Google ktk urang Ian Gillan.Mun dapat google carik Forum dengan bekas team nok di coaching nya..Fas tok sik pandey meneliti.Mun mok coach low bufget teliti la milih.Salibasic tetap class player bagi aku.

    • Sabah pun x mau ambik salibasic thn lpas. X semestinya performance dia msih mcm 2013. Itu kita kna akui. 5 tahun bkn 1 masa yg singkat….
      #SokongTeamBukanPemain
      #NgapSayot
      #BujangSenang

    • Siapa mdh sabah xmok ambik salibasic? Nya dah main ngan sabah.. Oleh kerana nya lincah depan petak penalti ya la sebab nya selalu jadi mangsa tackle.. Kerana nya kenak tackle keras la nya cedera teruk.. Pegi fb profile nya.. Ada nya upload gambar nya makei baju sabah masa tgh game..

  8. Lapor terus kepada SPRM mun ada unsur2 pengubahan wang haram dalam urusan pembelian pemain import.. kita sik maok bolasepak sarawak dijualbeli & diperkotak katik oleh golongan mata duitan..

  9. Sekali lagi soalan diajukan….mun nya masih berbisa kedak dolok…apahal nya susah mok join mana2 pasukan? Bkn sik mengenang jasa…tapi terima hakikat…nya bukan Ms10 yg dolok dah. Cukuplah kita berterima kasih atas sumbangannya

    • Betul…
      Sokong team….bukan pemain.
      Ikutkn hati sya pun….sya nk mazelan wahed main keeper….dahlan matusin & zaidel sakup defend…
      Ibrahim mantali & ali sapie midfield.
      Mereka lejen…
      Tp…bleh x mereka main mcm awal thn 90an dlok???

    • Sorry to say lah…Masalah utama bukan MS10..Mun nya sik kuat hati nak main Sarawak,xda nya sanggup nak ikut trial…Mun injured,pengurusan boleh usahakan..Bukan dibiarkan..Sik guna mun duit masuk poket dirik mpun..FAS buta kayu…

    • Mungkin ikut sentimen hati…nang semua benda kdak ya dipolah utk semua player. But perlu faham…this is football…bukan badan atau ngo kebajikan. Ok kita respek usaha n motivasi ms10 utk ikut trial. Adakah kita ambi player berdasarkan faktor kuat hati utk ikut trial? Sik kisah la mana2 player pun.

  10. Mana2 billionaire boleh muflis oleh FAS ney sidak tahan ngan perangey sesetengah sidak dalam FAS ya.Control budget pakey ngenyang sidak pun.bukan duli ngan kualiti import.Kakya ngarap sidak trial & sik mustahil ngarap fans Sarawak.Mun di europe lamak dah kenak intey dak hooligans.

Comments are closed.