11sale

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Kelab bola sepak Sarawak United telah membuat permohonan kepada Malaysia Football League (MFL) untuk meneruskan aksi TM Piala Malaysianya di Kuching.

Perkara tersebut dilaporkan akhbar tempatan yang memetik pemilik kelab tersebut, Posa Majais, sebagai berkata dia berharap perlawanan suku akhir boleh dimainkan di Kuching.

SHOPEE

“Memang hasrat kita mahukan aksi peringkat suku akhir kempen Piala Malaysia 2021 dapat dilangsungkan di Kuching,” katanya kepada sebuah akhbar tempatan.

// DAPATKAN BAJU WARM-UP SARAWAK UNITED

Menurut Posa, pihaknya masih masih menunggu keputusan berhubung perkara tersebut dan berharap keputusannya akan diketahui dalam masa terdekat.

Sarawak United kini mendahului Kumpulan A TM Piala Malaysia dan berada di landasan baik untuk menempatkan diri di suku akhir pertandingan berprestij tersebut.

Ini adalah kali pertama kelab Sarawak United berjaya melayakkan diri ke Piala Malaysia selepas dijenama semula dari Selangor United pada hujung 2019.