Sarawak FA sekali lagi mendapat peluang apabila Tengku Mahkota Johor, Tengku Ismail Sultan Ibrahim, yang juga merupakan Presiden FAM mengumumkan bahawa pasukan tersebut tidak akan didenda bersama lima pasukan lain yang gagal melengkapkan pendaftaran pasukan pada tarikh akhir yang ditetapkan.
Menurut FMLLP, enam pasukan yang gagal melengkapkan pendaftaran mereka untuk saingan Liga Malaysia 2018 akan dikenakan ‘hukuman tertangguh ataupun ‘suspended point’ yang mana akan menyaksikan enam pasukan tersebut, termasuk Sarawak FA, hanya akan dikenakan potongan mata.
Potongan mata itu juga hanya akan dikenakan jika mereka gagal melengkapkan pendaftaran sebelum tarikh baharu.
Menurut Tengku Ismail di dalam satu sidang media kelmarin, tarikh tutup menghantar dokumen pendaftaran yang baharu untuk keenam-enam pasukan tersebut akan ditentukan di dalam beberapa hari lagi.
Keenam-enam pasukan, termasuk Sarawak FA gagal menghantar pendaftaran pasukan pada 29 Disember 2017, yang merupakan tarikh tutup asal bagi pendaftaran pasukan Liga Malaysia.
Tarikh tersebut kemudiannya dilanjutkan kepada 14 Januari 2018, dan akhirnya 3 Februari 2018, namun ianya masih gagal dipenuhi oleh sepuluh pasukan, dengan enam pasukan daripada yang sepuluh, gagal melengkapkan pendaftaran pasukan.
Selain Sarawak FA, lima pasukan lain yang gagal menghantar pendaftaran pemain adalah Kelantan FA, Kuala Lumpur, Kuantan FA, PDRM, dan Pulau Pinang FA.
// Jersi Tribal SarawakCrocs kini boleh ditempah (pra-tempah kedua). WhatsApp 0135693485 untuk maklumat lanjut.