Pasukan Serian FA yang kini selangkah menjulang piala Liga Bolasepak Kebangsaan Kebangsaan (LBRK) tidak boleh mendabik dada apabila berdepan Gua Musang pada perlawanan akhir kedua di Stadium Negeri Ahad ini.

Sungguhpun kini mendahului dengan kelebihan satu gol di tempat lawan, Serian FA tidak boleh terlalu yakin akan mengikuti jejak langkah Kuching FA yang memenangi LBRK tahun lepas.

Pengurus pasukan Serian FA, Philip Jabu mendedahkan bahawa pasukan dari bahagian ke-12 Sarawak itu kini sedang menjalani latihan seperti biasa, dan akan memberikan yang terbaik apabila turun ke padang pada jam 9 malam Ahad ini.

Menurut Philip, pemain perlu fokus pada perlawanan akhir tersebut di mana beliau sendiri tidak membenarkan pemain meraikan kemenangan ke atas Gua Musang pada aksi akhir pertama tempoh hari.

Serian FA kini di ambang mencipta sejarah sebagai pasukan kedua menjulang LBRK di dalam sejarah pertandingan tersebut, sekaligus memastikan piala liga amateur itu terus kekal di Bumi Kenyalang.

5 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here