PROMOSI BAJU

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Biarpun sudah mengesahkan tempat di Piala Malaysia, kelab bolasepak Kuching City akan terus meneruskan jadual perlawanan mereka yang teramat pada.

Kelab tersebut kini masih perlu menentang Kelantan United pada 24 September ini bagi melengkapkan jadual Liga Premier mereka, sebelum memulakan kempen Piala Malaysia mereka selang dua hari kemudian, pada 26 September.

Promosi RM1

Jadual padat, yang juga dianggap ‘gila’ oleh sebilangan penyokong, terhasil ekoran berlakunya penangguhan perlawanan yang melibatkan Kuching City, dan ini sekaligus menyaksikan Kuching City terpaksa bermain tiga perlawanan dalam tempoh 10 hari.

Sungguhpun demikian, prestasi Kuching City di sebalik jadual ketat itu dilihat amat baik dan konsisten, dengan pasukan bimbingan Irfan Bakti itu meraih 20 mata daripada sembilan perlawanan yang mereka lalui dari 21 Ogos hingga 21 September 2021.

// DAPATKAN JERSI PASUKAN PIALA MALAYSIA 2021

Dalam rekod tersebut, pasukan yang diberi gelaran The Cats telah memenangi enam dari perlawanan mereka, seri dua kali, dan hanya tewas sekali, yakni kepada juara Liga Premier 2021, Negeri Sembilan.

Biarpun terpaksa berdepan jadual padat, penolong ketua jurulatih Kuching City, Sulaiman Hussin tetap optimistik dengan kesanya terhadap pemain bimbingannya.

Beliau melahirkan harapan bahawa pemain akan menikmati kejayaan berjaya ke Piala Malaysia serta mendapatkan rehat mencukupi sebelum bertarung menentang Kelantan United dan kemudiannya memulakan kempen Piala Malaysia mereka.

Beliau juga mahu pemainnya memberikan yang terbaik apabila bertemu Kelantan United kelak.

“Saya berharap pemain akan dapat cukup rehat kerana kita ada satu lagi perlawanan lagi pada 24 ini, dan kita kena bersedia juga untuk perlawanan Piala Malaysia pada 26 ini.” kata Sulaiman selepas pasukannya sah ke Piala Malaysia.

“Jadi saya berharap pemain dapat meraikan kejayaan hari ini dan kita fokus kepada perlawanan pada hari esok dan Kuching City akan memberikan yang terbaik pada perlawanan itu nanti.” katanya lagi.