PROMOSI BAJU

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Nasihat dan kata dua daripada ketua jurulatih berpengalaman, Irfan Bakti, menjadi antara punca kebangkitan pasukan tersebut pada babak kedua ketika pasukan tersebut menentang Perak II malam tadi.

Hal tersebut didedahkan penolong ketua jurulatih Kuching City, Sulaiman Hussin yang turut melahirkan perasan bangga beliau terhadap persembahan pemain Kuching City yang bersungguh – sungguh.

Promosi RM1

Menurut Sulaiman, selepas menerima kata dua daripada Irfan pada waktu rehat, pemain Kuching City telah memperkemaskan lagi permainan mereka dan menghasilkan gol pertama perlawanan.

Ini menyaksikan keyakinan pemain semakin bertambah, dan gol kedua memastikan Kuching City layak ke Piala Malaysia.

// DAPATKAN JAKET KULIT BERKUALITI

“Saya berbanggalah dengan pemain Kuching City FC kerana mereka bermain dengan bersungguh – sungguh kerana mereka tahu hanya kemenangan bakal memastikan kelayakan ke Piala Malaysia.” jelas Sulaiman selepas perlawanan.

“Pada waktu rehat mereka mendapat kata dua daripada Irfan, dan apabila kita sudah menjaringkan satu gol, kita nampak lebih yakin dan gol kedua telah memastikan kita akan ke Piala Malaysia.” jelasnya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Sulaiman berkata kemenangan hari ini dihadiahkan kepada pemilik kelab tersebut, Fazruddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kuching City, Iswandi Ali Hassan.

Sulaiman berkata bahawa sokongan kedua individu tersebut menjadi pendorong paling kuat kepada kejayaan kelab muda tersebut berjaya melayakkan diri ke Piala Malaysia buat kali kedua dalam sejarah enam tahun penubuhannya.

“Kemenangan ini kami hadiahkan kepada YB Fazruddin, Presiden kami, dan juga CEO kami, Iswandi, kerana atas sokongan dan dokongan mereka kita berjaya ke Piala Malaysia.” jelas Sulaiman lagi.