PROMOSI BAJU

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Saiful Wazizi bukanlan nama asing dalam bola sepak Sarawak, namun pada musim ini, tugas menjaga gol Sarawak United telah diberikan kepada pemain lebih berpengalaman, yakni Sharbinee Alliwee.

Dengan Sharbinee kini digantung ekoran kesalahan tatatertib, tugas menajaga gawang telah diberikan kepada penjaga gol muda Sarawak United, Saiful Wazizi.

Promosi RM1

Saiful Wazizi telah bermain sebagai penjaga gol utama Sarawak United musim lepas, dan pada tahun ini, beliau tampil memberi aksi 90 minit buat pertama kali pada perlawanan menentang JDT FC II tempoh hari.

Biarpun lama tidak beraksi sebagai penjaga gol utama, prestasi Saiful telah mendapat pujian daripada ketua jurulatih Sarawak United E Elavarasan.

// CARI JERSI PASUKAN LIGA MALAYSIA ORIGINAL DAN MURAH

“Tahun lepas dia bermain hampir 10 perlawanan untuk Sarawak dan tahun ini, inilah kali pertama dia bermain penuh 90 minit.” kata Elavarasan.

“Tahun lepas dia adalah pemain muda, dan pengalaman tersebut telah memberikan dia keyakinan untuk dia beraksi malam ini. Dia juga tahu dia perlu memberikan yang terbaik dan tahu tanggungjawab dia.

“Kami gembira dengan aksi dia malam ini.” jelas Elavarasan ketika diminta mengulas lebih lanjut berkenaan pandangan beliau berkenaan prestasi Saiful dalam perlawanan menentang JDT II.

Saiful dijangka akan terus diturunkan sebagai penjaga gol utama Sarawak United dalam tiga perlawanan pertama Piala Malaysia sementara menati Sharbinee kembali daripada penggantungan beliau.