PROMOSI BAJU

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Kuching City meneruskan aksi mantap mereka di dalam Liga Malaysia dengan mengesahkan mereka akan bermain di Piala Malaysia buat kali kedua dalam penyertaan kali kedua mereka di Liga Premier.

Kelab muda tersebut berjaya melayakkan diri mereka ke Piala Malaysia pada musim ini setelah menewaskan pasukan Perak II sebentar tadi.

Promosi RM1

Kemenangan itu bermakna pasukan The Cats memungut 27 mata, mengatasi PDRM FC yang tewas kepada juara Liga Premier musim ini Negeri Sembilan.

Ini sekaligus menyaksikan pencabar terdekatnya, Kelantan United, tidak lagi mampu mencabar kedudukan pasukan The Cats tersebut selaku lima pasukan terbaik yang layak ke Piala Malaysia di Liga Premier musim ini.

// DAPATKAN DISKAUN HINGGA 42% UNTUK EARBUDS HUAWEI

Kelantan United kini memungut 23 mata, dengan satu lagi perlawanan dalam tangan dan masih berpeluang ke Piala Malaysia sekiranya menewaskan Kuching City dalam perlawanan akhirnya kelak.

Keputusan perlawanan tersebut walaubagaimanapun tidak akan mengubah kedudukan Kuching City yang sudahpun layak ke Piala Malaysia 2021.

Kemenangan malam ini juga bermakna Kuching City akan mengakhiri liga di kedudukan kelima Liga Premier, dan menjadi pasukan ketiga terbaik di antara semua pasukan yang bukan merupakan pasukan simpanan di Liga Premier.

Ini merupakan satu pencapaian yang baik memandangkan Kuching City pada akhir pusingan pertama Liga Premier, di kedudukan kedua tercorot liga.

Kejayaan Kuching City melayakkan diri ke Piala Malaysia bermakna perlawanan terakhirnya menentang Kelantan United pada hujung minggu ini sekadar pelengkap jadual bagi pasukan bimbingan Irfan Bakti.

Pada musim lepas, Kuching City (yang pada ketika itu dikenali sebagai Kuching FA) juga telah berjaya melayakkan diri ke Piala Malaysia dalam penyertaan sulungnya di Liga Malaysia.

Menariknya, pasukan tersebut juga melayakkan diri ke Piala Malaysia sebagai pasukan bukan simpanan ketiga terbaik di dalam Liga Premier seperti juga musim ini.