Kuching City dijangka akan mula ‘membeli belah’ apabila jendela perpindahan pemain dibuka semula kelak.

Ini berikutan ketumpulan barisan pemain importnya yang jelas tidak menunjukkan ‘taring’ yang dikehendaki oleh pasukan tersebut.

Menurut laporan media tempatan, ketua jurulatih Kuching City, Irfan Bakti, merasakan bahawa pemain import tidak menunjukkan peningkatan dan hadir keperluan untuk mencari pemain baharu.

“Pemain tersebut langsung tidak menunjukkan peningkatan” kata Irfan dalam satu akhbar termpatan.

“Oleh itu kita memerlukan import baru untuk memberi kekuatan kepada pasukan.” jelasnya lagi.

Semua pemain import Kuching City telah diturunkan dalam hampir kesemua perlawanan Liga Premier, namun hanyaAylton Ferreira dan Yuta Suzuki yang telah menjaringkan gol.

Dua lagi pemain import, Hudson Dias dan Bryan Jones, yang merupakan pemain penyerang, masih belum lagi menemui sentuhan mereka.

Adalah dijangkakan posisi Hudson dan Bryan dalam pasukan Liga Premier itu kini dalam bahaya ekoran komen Irfan tersebut memandangkan prestasi Aylton dan Yuta dilihat baik oleh rata – rata peminat.

Dalam perkembangan sama, kebanyakan peminat merasakan Kuching City mempamerkan aksi yang menarik, namun ketumpulan jentera serangan menjadi nadi kekecewaan tersebut dalam setiap perlawanan.

Kuching City Ahad lalu gagal mempertahankan gol pendahuluan mereka dan kini di kedudukan kedua terbawah Liga Premier.