Dua pemain bintang Indonesia, Evan Dimas dan juga Hansamu Yama dilaporkan kini menjadi buruan untuk menjadi pemain import ASEAN bagi pasukan – pasukan Liga Malaysia.

Laporan Suara Sarawak menyebut bahawa pasukan Borneo, Sabah FC, bersama empat lagi pasukan Semenanjung Malaysia, yakni Pahang, Terengganu FC, Perak FC dan PJ CIty kini sedag mempertimbangkan dua pemain kebangsaan Indonesia itu.

Turut dilaporkan berminat oleh adalah Kuala Lumpur FA.

Ejen kedua – dua pemain itu, Faidauz Azhar mengesahkan berita tersebut dan beliau dipetik sebagai berkata bahawa kedua – dua pemain bintang bola sepak Indonesia itu juga amat tertarik bermain di Malaysia.

“Ada beberapa pasukan berminat, tapi belum sah lagi. Jadi kita nak tengok pasukan mana yang terbaik, baru buat keputusan,” kata Faidauz.

“Kalau tawaran sesuai, memang mereka berminat bermain di Liga Malaysia” tambahnya lagi.

Evan merupakan pemain posisi tengah yang pernah bermain dengan Selangor FC, manakala Hansamu pula belum pernah bermain dengan mana – mana pasukan Malaysia.