Kelab bolasepak Kuching City FC cuma akan membuat satu perubahan kepada senarai pemain importnya musim hadapan selepas kelab berumur lima tahun itu mengambil keputusan untuk mengekalkan tiga daripada mepat pemain import sedia adanya.
Hudson Dias, Bryan Jones, dan Yuta Suzuki semuanya dikekalkan untuk musim hadapan, manakala Leonardo Passos Alves yang digugurkan Kuching pada awal musim ekoran kecederaan, akan kembali bersama pasukan tersebut pada musim hadapan.
Perkara tersebut disahkan sendiri Pengerusi Kuching City, Fazzrudin Abdul Rahman pada sidang media petang ini tadi.
“Setakat ini kita telah mengesahkan bahawa kita mengekalkan pemain import kita; Hudson Dias, kita mengekalkan Bryan Jones, dan kita mengambil kembali Leonerdo Alves.” kata Fazzrudin dalam sidang media Kuching City.
“Dan sudah tentu,Yuta Suzuki masih bersama kami. Jadi itulah empat pemain import kami.” tambah Fazzrudin lagi.
Keempat – empat pemain import Kuching dilihat menyinar bersama pasukan Kuching musim ini dengan Hudson terutama sekali dilihat bekerjasama dengan amat baik dengan Bryan.
Pengekalan keempat pemain import itu dilihat sebagai mengekalkan kestabilan pasukan memandangkan pasukan Kuching City baru sahaja bermain 12 perlawanan Liga Malaysia sehingga kini.