Pasukan Sabah FA telah secara tidak langsung telah membantu Sarawak FA malam tadi.

Ini adalah kerana kemenangan Sabah ke atas Kelantan FA memastikan pasukan Sarawak masih berupaya keluar dari kedudukan tercorot liga, dan memintas Kelantan yang kini hanya satu mata di atas Sarawak.

SarawakCrocs Fantasy Premier League 2019/20

Ini bermakna pasukan Sarawak perlu memastikan mereka mengutip mata penuh apabila bertandang ke Pulau Pinang hari ini bagi memintas Kelantan, dan sekaligus menghidupkan peluang kekal di Liga Premier secara automatik.

Keputusan seri atau tewas malam ini akan membuatkan hasrat Sarawak untuk keluar dari kelompok bawahan liga menjadi semakin sukar ekoran hakikat bahawa Liga Premier sudahpun sampai ke penghujungnya dengan baki satu perlawanan bagi hampir semua pasukan termasuk Sarawak.

Oleh yang demikian, Sarawak perlu berusaha keras bagi memastikan ‘bantuan’ Sabah tidak sia-sia dan Sarawak mengutip mata penuh malam ini.

Jika memang, Sarawak boleh naik ke tangga ke-10 Liga Premier namun tidak akan dapat naik lebih tinggi daripada itu memandangkan pasukan Selangor United kini terlalu jauh di hadapan dengan baki satu perlawanan di Liga Premier.