Kalab Bolasepak Kuching City mengesahkan bahawa mereka telah melantik Irfan Bakti dan juga Wan Jamak Wan Hassan.

Kelab tersebut mengesahkan khabar sebelum ini yang diberikan wartawan ASTRO berkenaan pelantikan kedua – dua jurulatih tersebut.

Irfan telah dilantik sebagai Ketua Jurulatih bagi menggantikan Akira Higashiyama dengan kontrak selama setahun.

“Pada musim 2020 Kuching City FC akan diterajui oleh Irfan Bakti. Kita amat berbangga dan teruja untuk bekerjasama dengan beliau memandangkan beliau adalah antara Jurulatih yang berpengalaman dan mempunyai banyak kejayaan di bawah ‘resume’ beliau.” kata Pengerusi Kuching City Fazzrudin Abdul Rahman dalam kenyataan rasminya.

“Kita yakin bahawa beliau boleh membawa kelebihan dan meningkatkan lagi mutu Kuching City FC. Kita telah berbincang dengan beliau dan menerangkan falsafah dan budaya Kuching City FC; kelebihan, kelemahan, ‘constraint’ dan ‘target’ kami pada musim hadapan.

“Beliau bersetuju dan yakin dengan perancangan, halatuju dan ‘target’ kami itu.” tambah Fazzrudin lagi.

Fazzrudin juga mengesahkan sedang cuba membawa mantan ketua jurulatih pasukan kebangsaan Malaysia, Wan Jamak.

“Pihak kami sedang dalam usaha untuk membawa Wan Jamak Wan Hassan sebagai Technical Director Kuching City FC.

“Dengan pengalaman dan kepakaran beliau, kita yakin boleh membangunkan sukan bolasepak bukan sahaja untuk Kuching City FC tetapi untuk Negeri Sarawak amnya.

Menurut Kuching City, plantikan Wan Jamak adalah untuk menaikkan lagi status jurulatih Sarawak kerana beliau mempunyai tauliah untuk mengendalikan kursus kejurulatihan.

“Beliau adalah antara ‘Instructor’ yang bertauliah untuk mengadakan kursus Jurulatih C, B dan A.

“Dengan Kerjasama bersama FAM, kita boleh merancang untuk mengadakan kursus-kursus tersebut di Sarawak dan mudah bagi jurulatih-jurulatih kita untuk menyertainya.” kata Fazzrudin dalam kenyataan Kuching City lagi.