Skandal kewangan RM91 juta melibatkan FAS didedahkan

Skandal kewangan berjumlah RM91 juta telah didedahkan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais hari ini.

Menurut laporan akhbar Borneo Post, Posa memaklumkan bahawa beliau mempunyai bukti wujudnya penggunaan nama FAS di dalam pengagihan wang bernilai RM91 juta di antara tahun 2015 hinga 2016.

Posa berkata di dalam tempoh tersebut, wujud bayaran-bayaran terkumpul bernilai sehingga RM91 juta.

Wang tersebut kononnya telah disalurkan kepada FAS, namun tidak sesen pun diterima oleh persatuan sambil mendakwa nama FAStelah dipergunakan oleh individu tertentu, termasuk pegawai di peringkat Kerajaan Sarawak.

Susulan itu, beliau turut mendedahkan bahawa FAS telah dijadikan kambing hitam selama ini oleh pihak-pihak tertentu bagi kepentingan diri sendiri.

Posa turut menyatakan bahawa FAS telah selama ini redha dan menerima kritikan berkenaan penyelewengan wang di dalam persatuan, namun beliau merasakan sudah tiba masanya beliau bertindak melindungi reputasi dan imej FAS dari mana-mana salah laku.

Dalam pada itu, Posa juga memaklumkan beliau akan menyerahkan semua bukti yang ada kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan serta merta.

Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama tuduhan penyelewengan dibuat oleh Posa apabila beliau turut menuduh dua pemain tempatan Sarawak FA disyaki mengatur perlawanan pada awal tahun 2018.

Di dalam kes tersebut, kedua-dua pemain telah dilepaskan tanpa syarat selepas didapati tidak bersalah oleh pihak SPRM.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top