Liga Fantasi Piala Dunia SarawakCrocs (SCWCFL) 2018

Bagi menyemarakkan lagi Piala Dunia 2018, SarawakCrocs kini menganjurkan Liga Fantasi Piala Dunia.

Seperti yang kami khabarkan sebelum ini, pertandingan Teka & Menang Piala Dunia kini sedang berlangsung bagi mereka yang membeli jersi SarawakCrocs dari bulan Mei hingga 13 Jun 2018. Anda boleh membaca mengenai pertandingan ini di pautan ini.

Kali ini, kami menambahkan lagi kerancakan Piala Dunia dengan memperkenalkan pertandingan Liga Fantasi khas bagi peminat-peminat Liga Fantasi.

Sebelum membaca syarat-syarat yang ada, dibawah adalah poster rasmi pertandingan ini.

Liga Fantasi

HADIAH

JuarašŸ„‡: RM250 TUNAI
Tempat KeduašŸ„ˆ: RM150 TUNAI
Tempat KetigašŸ„‰: RM100 TUNAI
4th – 10th Sticker kalis air SarawakCrocs

TERMA DAN SYARAT LIGA FANTASI PIALA DUNIA SARAWAKCROCS 2018 (SCWCFL)

1- Satu liga sahaja dan ianya bermula pada hari pertama Piala Dunia 2018. Pertandingan tamat selepas mata akhir selesai dikira pihak FiFA Fantasy League.
2- Pertandingan terbuka kepada semua, termasuk warga SarawakCrocs kerana data pertandingan tidak dikawal oleh pihak SarawakCrocs, tetapi sebaliknya oleh Liga Fantasy World Cup yang ditaja McDonald’s.
3- Bayaran penyertaan adalah RM10 untuk satu pasukan. Anda boleh membuat seberapa banyak pasukan, namun ianya mesti didaftar dan dibayar. Bayaran mesti dibuat kepada agen SCWFL REAL/DON kepada akaun mereka. (0168756183 – REAL / 0135693485 – DON)
4- Selepas bayaran dibuat, anda akan dimasukkan ke satu group whatsapp yang khusus untuk SCWCFL. ANDA TIDAK DIBENARKAN SHARE BENDA LAIN SELAIN PERKARA BERKAITAN BOLASEPAK PIALA DUNIA DI DALAM GROUP INI. Tindakan meletakkan benda lain, termasuk troll dan memperkecilkan orang/pasukan lain akan dilayan dengan tindakan kick. – Group akan dibuat pada 13 Jun 2018.
5- Anda akan diberi password/link untuk menyertai SCWCFL secara peribadi oleh agen penganjur (0168756183 – REAL / 0135693485 DON).
6- Hanya 10 pasukan teratas akan menerima hadiah.
7- Keputusan pertandingan adalah muktamad. Hadiah akan dibayar/dihantar dalam masa dua minggu selepas Piala Dunia. Hadiah barangan boleh ditukar dengan barangan lain yang setaraf dengannya. Stiker akan dihantar menggunakan sampul PosExpress.
8- Tarikh akhir menyertai pertandingan adalah 23:59, 13 Jun 2018.
9- ANDA TIDAK DIBENARKAN MENUKAR NAMA PASUKAN SELEPAS MEMASUKI LIGA. Menukar nama pasukan akan mengelirukan pihak penganjur, sekaligus mengakibatkan hadiah sukar diberi.

BAGAIMANA MENYERTAI SCWCFL?

Bagi yang pertama kali bermain Liga Fantasi, langkah ini penting bagi anda.Ā  Adalah penting anda mengetahui bahawa Liga Fantasi adalah satu permainan maya yang mana memerlukan skil dan pengamatan terhadap pemain bolasepak yang tinggi.

Juara Liga Fantasi biasanya terdiri daripada mereka yang berani mengambil risiko, dan tahu bagaimana untuk mengoptimumkan mata pemain yang dipilih.

Berikut adalah langkah-langkah untuk bermain Liga Fantasi Piala Dunia SarawakCrocs:

1) Daftar dengan https://fantasy.fifa.com
2) Buat / lengkapkan pasukan Fantasi bolasepak anda dengan memilih pemain-pemain pasukan anda dengan had wang yang diberi. (Pemain boleh dari pelbagai pasukan di dalam Piala Dunia tetapi mesti tidak lebih dari had kewangan diberi)
3) Buat bayaran RM10 kepada kami untuk mendapatkan kod khas bagi menyertai Liga Fantasi Piala Dunia SarawakCrocs (SCWCFL). Sertakan bukti bayaran, dan berikan nama pasukan dan nama penuh anda.
4) Kod khas untuk menyertai Liga Fantasi Piala Dunia SarawakCrocs akan diberi kami selepas bayaran dibuat, dan anda perlu menyertai liga tersebut.
5) Selepas anda sertai, buat penambahbaikan pada pasukan seperti yang dibenarkan mengikut peraturan untuk mendapat mata maksimum.
6) 10 Pasukan dengan mata terbanyak di dalam liga kami akan memenangi hadiah.

Penting: Penukaran nama pasukan tidak dibenarkan selepas pendaftaran kerana ianya boleh mengelirukan kami.

SIAPA YANG PERLU DIHUBUNGI?

Jika anda mahukan maklumat lanjut, atau mahu menyertai, terdapat dua agen rasmi kami yang boleh dihubungi seperti di bawah.

DON: +0135693485 (whatsapp/call/sms)

REAL: +60168756183Ā (whatsapp/call/sms)

Harap maklum bahawa hanya dua nombor diatas adalah nombor rasmi bagi agen pertandingan Liga Fantasi Piala Dunia SarawakCrocs.

Nombor selain dari itu BUKAN dari kami dan kami tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang kes penipuan yang menggunakan nama pertandingan ini.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top