Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) telah mengesahkan bahawa mereka akan menyerap sepuluh pemain muda yang dikenalpasti berkebolehan dari Liga Bolasepak Rakyat (LBR) yang sedang berlangsung ke dalam program pembangunan bolasepak mereka.

Pemain-pemain muda ini berumur di bawah 21 tahun, dan mereka akan ditempatkan di dalam dua pasukan kendalian FAS, yakni pasukan Bawah-19 tahun (Piala Belia) dan Pasukan Bawah-21 tahun (Piala Presiden).

Pemain di bawah pasukan Piala Belia akan dibimbing oleh lagenda bolasepak Sarawak Pengiran Bala, manakala pemain Piala Presiden akan diletakkan dibawah latihan jurulatih Bosnia Fuad Fuad Gbersic,.

Kedua-dua pasukan merupakan ‘feeder’ kepada skuad Bujang Senang yang kini bermain di Liga Super Malaysia.

Pemain-pemain yang diserap oleh FAS adalah:
1) Dominic Ak Tea (LBR Limbang FA) diserap ke Pasukan B-19
2) Mohd Iskandar Husin (LBR Bintulu FA) diserap ke Pasukan B-19
3) Mohd Haris Musa (LBR Bintulu FA) diserap ke Pasukan B-19
4) Izzat Harith Ismail (LBR Sarikei FA) diserap ke Pasukan B-19
5) Raymond Ero (LBR Sarikei FA) diserap ke Pasukan B-19
6) Iqmal Mustakim Kamrodin (LBR Kuching FA) diserap ke Pasukan B-22
7) Nasyirat Mustakim (LBR Kuching FA) diserap ke Pasukan B-22
8) Philip Pengiran Ak Bala (LBR Betong FA) diserap ke Pasukan B-22
9) Jimmy Raymond (LBR Sarikei FA) diserap ke Pasukan B-22
10) Alex Anak Kamba (LBR Sri Aman FA) diserap ke Pasukan B-22