Siku, bukan kaki, punca marah pengadil

Kem Sarawak United mendakwa mereka tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan perlawanan Sarawak United menentang Negeri Sembilan malam tadi.

Dalam sidang media selepas perlawanan, ketua jurulatih Sarawak United, E Elavarasan berkata pengadil perlu lebih teliti dalam perlawanan tersebut.

Elavarasan turut menyatakan bahawa pihaknya menerima kad merah yang diberikan, tetpi beliau pada masa sama mempersoalkan mengapa penalti diberikan.

“Sebelum perlawanan pun saya dah cakap, perlawanan seperti ini memerlukan pengadil yang berpengalaman. Saya rasa kawalan perlawanan ini tidak berapa bagus. Kita terima kad merah tersebut.” kata Elavarasan pada sidang media selepas perlawanan.

“Tetapi adakah kejadian tersebut merupakan situasi kemungkinan menjaringkan gol?  Kalau ya, barulah diberi penalti.” soal Elavarasan lagi.

// BASIKAL ROAD MURAH BIKE KINI MURAH DI SHOPEE

Dalam perkembangan sama, Elavarasan merasakan bahawa pemain beliau bermain dengan baik biarpun terpaksa bermain dengan 10 orang.

Sunggguhpun demikian, beliau mengakui pasukannya tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil yang tidak mengenakan sebarang tindakan ke atas Francis Kone ketika jaringan tunggal dibuat kerana sepatutnya gol tersebut dibatalkan ekoran kekasaran yang dilakukan Kone terhadap pemain Sarawak United.

Sumber gambar: Zulhelmi Zainal Azam

Beliau juga menyatakan bahawa pihak Sarawak United akan membuat aduan rasmi terhadap pihak berkaitan berkenaan insiden tersebut namun mengakui sedar tidak ada apa – apa yang boleh dibuat untuk mengubah keputusan perlawanan malam itu.

“Walaupun main sepuluh orang, kami masih bermain dengan baik, cuma pada saat akhir itu dia (pengadil) perlu diteliti.

“Sebab pada saat akhir situasi adalah amat getir. Kita tak dapat ubah keputusan, jadi ini keputusan yang buat kita tak berapa puas hati dan pemain pun ada yang marah.

“Perlawanan ini memang 50 – 50. Kita menerima bahawa kedua – dua pasukan tengah cuba menang tetapi kita kena penalti dan kesalahan yang sepatutnya diambil tindakan adalah dilepaskan.

“Apa tindakan terhadap pengadil (jika didapati salah)? Maksimum mereka digantung, tetapi keputusan kita tak boleh tukar.

“Jadi perlawanan seperti ini adalah penting. Anda kena ada pengalaman dan anda perlu tahu bagaimana untuk mengawal perlawanan.

“Memang kita akan buat aduan kepada pihak berkenaan.

“Saya nak mempersoalkan keputusan ini pun tak guna. Kita memang tak berapa puas hati dengan apa yang terjadi hari ini.

“Keputusan macam ini menggangu emosi pemain. ” jelas Elavarasan lagi.

Dalam perlawanan malam tadi, penjaga gol Sarawak United, Sharbinee Allawee, telah dilayangkan kad merah kerana kekasaran di dalam petak penalti.

Pada babak – babak terakhir, Negeri Sembilan menjaringkan gol kemenangan ketika satu perebutan bola di dalam petak penalti yang manay menyaksikan Kone meluru ke arah bola untuk menanduk bola tersebut ke dalam gawang.

Kejadian menyaksikan seorang pemain Sarawak Unted, yang berada di sebelah Kone mendakwa beliau telah disiku oleh Kone sebelum tandukan gol tersebut dibuat.

Anda boleh melihat sendiri kejadian tersebut di bawah pada minit ke 2:00:45 video rakaman perlawanan.

// LIHAT VIDEO LIVE

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top